Anda di sini

Belia protes keganasan polis dalam tunjuk perasaan di Tunisia

Advertisement
 Anggota polis mengetatkan kawalan ketika berlaku tunjuk perasaan di bandar utama Tunis di Tunisia. — Gambar AFP
TERKAWAL: Anggota polis mengetatkan kawalan ketika berlaku tunjuk perasaan di bandar utama Tunis di Tunisia. — Gambar AFP

TUNIS: Beberapa belia telah bergaduh dengan anggota polis sekali lagi pada petang Sabtu, beberapa jam selepas satu tunjuk perasaan  di bandar utama Tunis di Tunisia, bagi memprotes keganasan polis selepas kematian terbaharu seorang lelaki yang ditangkap oleh polis.

Di daerah kelas bekerja di Sidi Hassine, beberapa golongan muda melontar pelancar, termasuk bunga api, ke arah pihak polis berhampiran stesen, disaksikan oleh wartawan AFP, Pihak polis telah membalas dengan menggunakan gas pemedih mata.

Daerah itu telah digegarkan oleh protes berang sejak Selasa lepas, ketika lelaki  tersebut meninggal dunia selepas ditangkap oleh polis kerana disyaki  mengedar dadah, menurut media tempatan.

Keluarganya menuduh pihak polis sebagai memukulnya sehingga mati dan pihak berkuasa telah membuka satu siasatan, namun kementerian dalam negeri menafikan pada Khamis lepas bahawa dia telah meninggal dunia akibat layanan buruk selepas penahanannya.

Pada awal kelmarin, beberapa aktivis sayap kiri dan penduduk di beberapa daerah kelas bekerja melakukan tunjuk perasaan di depan kementerian dalam negeri sebagai membantah kematian itu,

Di antara mereka adalah ibu-ibu kepada tiga remaja yang telah meninggal dunia sejak tiga tahun lepas selepas ditangkap. Mereka menyatakan mereka berkempen bagi mendapatkan keadilan untuk anak-anak mereka.

Pada permulaan tunjuk perasaan, penunjuk perasan turut melontar kerusi ke arah polis di dataran Bourguiba, di tengah bandar, dan pihak polis telah menahan beberapa orang.

Pihak berkuasa turut menyiasat satu insiden berasingan, yang terbongkar selepas satu rakaman video yang kelihatan di mana anggota polis berpakaian preman memukul seorang remaja bawah umur dalam keadaan bogel.

Insiden ini turut berlaku di daerah Sidi Hassine.

Sepuluh tahun sejak satu revolusi yang menggulingkan diktator polis Zine El Abidine Ben Ali, pasukan keselamatan di Tunisia masih belum melihat perubahan yang bermakna.

Anggota polis sangat jarang berdepan pendakwaan bagi salah laku.

Badan bebas di Tunisia, Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia menyatakan pada Khamis lepas bahawa insinden-insiden seperti yang berlaku di Sidi Hassine berisiko merosakkan “keyakinan di dalam negara dan institusinya”. — AFP

Advertisement