Anda di sini

Tujuh individu berada di tempat awam selepas jam 8 malam antara dikompaun di Bintulu

Advertisement
Anggota polis semasa menguatkuasa pematuhan SOP PKP ke atas seorang individu.
Anggota polis semasa menguatkuasa pematuhan SOP PKP ke atas seorang individu.

BINTULU: Seramai 13 individu dikenakan kompaun susulan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara jam 12.01  tengah malam hingga 3 petang di premis perniagaan dan tempat awam di sekitar bandar Bintulu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, kesemua 13 orang berkenaan dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, pasukan pematuhan SOP PKP dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah membuat pemantauan dan rondaan ke atas premis perniagaan dan orang awam di kawasan sekitar bandar Bintulu telah mendapati tujuh lelaki dan enam wanita berumur antara 18 hingga 47 tahun gagal mematuhi SOP sedia ada. 

Polis pasukan pematuhan mengeluarkan kompaun ke atas beberapa individu yang dikesan melanggar SOP PKP.
Polis pasukan pematuhan mengeluarkan kompaun ke atas beberapa individu yang dikesan melanggar SOP PKP.

"Antara kesalahan yang dikesan secara berasingan adalah tujuh orang berada di kawasan awam melebihi jam 8 malam tanpa alasan munasabah, tiga orang tidak memakai pelitup muka dan tiga orang berkumpul melebihi jumlah yang dibenarkan serta gagal mengamalkan penjarakan fizikal," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Justeru Zulkipli berkata, pasukan-pasukan pemantau sentiasa memantau akiviti masyarakat untuk memastikan masyarakat berterusan mematuhi SOP PKP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 demi kesejahteraan semua rakyat Bintulu.

"Saya menyeru semua agar mengambil rasa tanggungjawab bersama untuk kita memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement