Anda di sini

Tiga lelaki rancang curi sarang burung walit gagal.

Advertisement
 Kesemua suspek yang ditangkap dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.
SUSPEK : Kesemua suspek yang ditangkap dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Hasrat tiga lelaki tempatan merancang mahu mencuri sarang burung walit gagal selepas berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jalan Chung Hwa, Batu 6 Jalan Apas, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, Pasukan PPM yang sedang menjalankan tugas Op Benteng COVID-19 terserempak dengan sebuah kenderaan yang mencurigakan di lokasi tersebut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata pasukan keselamatan bertindak menahan dan memeriksa kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat lelaki tempatan berumur 21 hingga 25 tahun di dalam kenderaan berkenaan.

“Namun, salah seorang daripada suspek bertindak nekad melarikan diri di dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini tadi.

 Peralatan pecah rumah yang dirampas dalam kenderaan suspek.
RAMPASAN : Peralatan pecah rumah yang dirampas dalam kenderaan suspek.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan keatas kenderaan tersebut berjaya menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah.

“Hasil soal siasat keatas semua suspek, mereka mengaku secara lisan merancang untuk memecah masuk sebuah bangunan sarang burung walit di kawasan berkenaan.

“Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke pangkalan PPM sebelum diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,”katanya.

Nazari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18, Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS) kerana memiliki peralatan pecah rumah.

  • oleh
  • Advertisement