Anda di sini

Tiada kluster baharu di Sarawak, 82 masih aktif

Advertisement
 

KUCHING: Tiada kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytihar di Sarawak hari ini dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 82 kluster. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata 10 daripada kluster aktif merekodkan penambahan 85 kes baharu manakala 72 lagi kluster tidak merekodkan penambahan kes. 

“Penambahan kes baharu ini melibatkan Kluster Gerigat, Kabong (33), Kluster Sungai Parik, Sri Aman (14), Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri, Bintulu (5) dan Kluster Muara Tabuan, Kuching (2). 

“Turut merekodkan penambahan kes Kluster Banting, Sri Aman (10), Kluster Jalan Masket, Sebauh (1), Kluster Pekan Tatau Baru, Tatau (5), Kluster Kampung Sebandi Hilir, Lundu (5), Kluster Melatai, Kapit (9) dan Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman, Kuching (1),” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan daerah Saratok telah bertukar ke status merah daripada status kuning hari ini setelah merekodkan sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah telah meningkat kepada 30 daerah.

Manakala, dua daerah iaitu Lundu dan Simunjan kekal berstatus jingga dengan masing-masing merekodkan 34 dan 21 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. 

Lapan daerah iaitu Matu, Pusa, Julau, Belaga, Lawas, Daro, Tebedu dan Limbang kekal kuning dan tiada daerah berstatus hijau.

  • oleh
  • Advertisement