Anda di sini

Tempoh pemerhatian di PPV Klinik Kesihatan Igan diisi dengan taklimat gaya hidup sihat

Advertisement
Juanda (kanan) ketika hadir dalam taklimat gaya hidup sihat di PPV Klinik Kesihatan Igan pada Sabtu.

MUKAH: Klinik Kesihatan Igan menyelitkan taklimat gaya hidup sihat dalam tempoh pemerhatian setelah penerima mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Tempoh masa 20 hingga 30 minit tersebut adalah bagi melihat jika penerima mempunyai apa-apa reaksi terhadap vaksin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, tempoh menanti setelah divaksin di PPV Klinik Kesihatan Igan diisikan dengan pengisian yang sangat berguna.

"Para penerima vaksin yang telah menerima vaksin dikumpulkan di satu tempat dan didedahkan dengan kempen gaya hidup sihat," katanya kepasa Utusan Borneo.

Ini kata Juanda adalah sesuatu yang amat bermanfaat terutamanya dalam kalangan penerima vaksin yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.

Idea bernas daripada petugas PPV Klinik Kesihatan Igan ini juga amat dihargai dan boleh menjadi contoh di PPV lain.

Ia juga dilihat sebagai salah satu kreativiti dan idea di luar kebiasaan yang menghasilkan kebaikan yang berlipat ganda.

Antara pengisian adalah pelbagai nasihat menyentuh hal kesihatan serta senaman pernafasan yang betul.

PPV Klinik Kesihatan Igan mula memberikan vaksin kepada penduduk di sekitar Igan dan Batang Igan pada 12 Jun.

Sebanyak 620 dos vaksin akan diberi dalam tempoh seminggu di PPV tersebut dimana sebahagian penerimanya datang menggunakan perahu dari Batang Igan.

Angka terkini juga mendapati 1,576 penduduk di kawasan Igan dan Batang Igan bersetuju divaksin daripada 1,896 jumlah keseluruhan penduduk iaitu 63 peratus daripada populasi.

  • oleh
  • Advertisement