Anda di sini

Sterling dianugerah MBE daripada Ratu Elizabeth II

Advertisement
STERLING
STERLING

LONDON: Pemain Manchester City dan England, Raheem Sterling kelmarin telah dinamakan dalam senarai Penghormatan Hari Lahir Ratu Elizabeth II dalam menghargai peranan beliau setelah menggalakkan keadilan kaum dalam sukan.

Pemain 26 tahun itu, yang bergiat dalam kempen anti-perkauman dan anti-diskriminasi, telah dinobatkan MBE (Penerima Darjah Yang Paling Cemerlang Empayar British).

Sterling, pemenang Liga Perdana dan Piala Liga dengan City musim ini, telah menjadi subjek cemuhan perkauman di stadium dan atas talian.

Pada 2019, beliau menyertai kempen anti-perkauman, “No Room For Racism” dan menyuarakan tahun lepas dalam pada gerakan Black Lives Matter mendapat perhatian setelah pembunuhan George Floyd di AS.

Anugerah tersebut dikurniakan hanya beberapa hari selepas penonton mengejek pemain England yang melutut melambangkan protes menentang ketidakadilan kaum sebelum perlawanan persahabatan menjelang Euro 2020.

Hampir suku daripada 262 penerima dalam senarai penghormatan tersebut, yang menghargai keberanian individu, perkhidmatan atau pencapaian dalam bidang  masing-masing, telah dinobatkan berkaitan aktiviti COVID-19.

Pemain tengah Liverpool dan England, Jordan Henderson menerima MBE untuk perkhidmatan bersama bola sepak dan badan amal, terutamanya ketika pandemik COVID-19. — AFP

Advertisement