Anda di sini

Ribuan sertai perarakan pelbagai agama di Kanada

Advertisement
 Orang ramai dari pelbagai latar belakang dan agama menyertai perarakan  di Ontario Kanada, kelmarin untuk menghentikan kebencian dan memberi penghormatan kepada empat anggota keluarga Islam yang dilanggar mati oleh seorang lelaki memandu trak pikap pada Ahad lepas. — Gambar AFP
PAMER SOLIDARITI: Orang ramai dari pelbagai latar belakang dan agama menyertai perarakan di Ontario Kanada, kelmarin untuk menghentikan kebencian dan memberi penghormatan kepada empat anggota keluarga Islam yang dilanggar mati oleh seorang lelaki memandu trak pikap pada Ahad lepas. — Gambar AFP

LONDON: Ribuan orang menyertai perarakan melibatkan pelbagai agama pada petang kelmarin untuk menghentikan kebencian dan memberi penghormatan kepada empat anggota sebuah keluarga Islam yang maut dalam serangan yang mengejutkan Kanada.

Perarakan bermula di kawasan di mana tiga generasi dari sebuah keluarga yang keluar untuk bersiar-siar pada petang Ahad lepas.

Salman Afzaal berusia 46 tahun, isterinya Madiha Salman berusia 44 tahun, anak perempuan mereka Yumna Salman berusia 15 tahun dan neneknya Talat Afzaal ber-usia 74 tahun, telah dibunuh di London, selatan Ontario, ketika mereka menunggu untuk menyeberangi jalan.

Anak lelaki pasangan tersebut yang berusia sembilan tahun Fayez mengalami ke-cederaan serius namun tidak membahayakan nyawa.

Peserta perarakan membantah rasisme dan Islamofobia berkumpul di Masjid London, kira-kira 7 kilo-meter jauhnya.

Penunjuk perasaan, yang termasuk beberapa keluar-ga bersama kanak-kanak, mengetuk dram sementara yang lain menyanyikan lagu John Lennon “Give Peace a Chance”.

Mereka memegang poster yang bertulis “Kebencian membunuh” dan “Kita semua adalah manusia”.

Selepas satu tempoh bertafakur menandakan masa tragedi berlaku, wakil dari beberapa agama memberikan ucapan mengecam kebencian dan memuji kehadiran soko-ngan untuk 30,000 komuniti Islam di London.

Beberapa rali atau acara berdoa di Kanada kelmarin diadakan di Toronto, Ottawa, Montreal dan Quebec, di mana satu insiden tembakan di sebuah masjid menyebabkan enam orang terkorban pada 2017.

Upacara pengebumian keluarga Afzaal telah dijadualkan pada tengah hari semalam.

Nathaniel Veltman, 20, telah didakwa atas empat tuduhan bagi pembunuhan peringkat pertama dan satu tuduhan bagi cubaan membunuh dalam serangan menggunakan trak pikap itu. Sekiranya didapati bersalah dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Perdana Menteri Justin Trudeau menyifatkan serangan itu – di mana trak pikap yang dipandu oleh Veltman telah naik ke atas penghadang dan melanggar keluarga Afzaal – sebagai “serangan pengganas”.

Pesuruhjaya Detektif Paul Waight, yang mengetuai siasatan, menyatakan terdapat bukti “bahawa ini adalah satu tindakan terancang, bermotifkan kebencian.” — AFP

Advertisement