Anda di sini

Remaja rakam insiden kematian Floyd menang anugerah khas Pulitzer

Advertisement
 Gambar pegun diambil daripada video bertarikh 25 Mei, 2020 yang dirakam oleh Darnella Frazer melalui Facebook menunjukkan saat pegawai  polis Minneapolis, Minnesota Derek Chauvin menangkap George Floyd. — Gambar AFP
MENANG ANUGERAH: Gambar pegun diambil daripada video bertarikh 25 Mei, 2020 yang dirakam oleh Darnella Frazer melalui Facebook menunjukkan saat pegawai polis Minneapolis, Minnesota Derek Chauvin menangkap George Floyd. — Gambar AFP

WASHINGTON: Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perem-puan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.

Perkara itu diumumkan di Columbia University, New York City kelmarin.

Menurut Sputnik, jawatankuasa itu menyata-kan Frazer menerima anugerah khas itu atas “keberaniannya me-rakamkan pembunuhan George Floyd, sekali gus mencetuskan bantahan terhadap kekejaman polis di seluruh dunia, ia juga menunjukkan pentingnya peranan masyarakat dalam membantu me-negakkan kebenaran dan keadilan. — Bernama

Advertisement