Anda di sini

Pengharaman eksport besi buruk satu langkah praktikal

Advertisement
ANDREW
ANDREW

KOTA KINABALU: Pengharaman sementara eksport besi buruk di Sabah adalah satu langkah sangat pratikal selain memberikan manfaat kepada industri keluli negeri ini.

Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah (SUCCC) Tan Sri Andrew Liew berkata, usaha kerajaan negeri itu adalah memastikan industri besi di Sabah mempunyai bekalan bahan mentah yang mencukupi agar boleh menstabilkan harga selain mengelakkan rantaian pembekalan kekurangan komponen pembinaan terbabit.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan itu sehinggalah cadangan sistem cukai terhadap besi buruk dikemas kini.

"Pendekatan itu akan mampu memastikan industri pengeluaran besi, besi buruk dan yang berkaitan dengannya terus beroperasi dalam persekitaran norma baharu sekarang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu juga boleh mengelakkan risiko kehilangan peluang pekerjaan dalam industri besi di masa hadapan seterusnya memberikan manfaat kepada proses pemulihan ekonomi Sabah nanti.

Pada jumaat lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pengharaman sementara eksport besi buruk di negeri ini. Bahan mentah berkenaan perlu digunakan di Sabah bagi memastikan bekalannya mencukupi di sini.
 

  • oleh
  • Advertisement