Anda di sini

Pemergian Saufi kehilangan besar kepada Sarawak: KSDS

Advertisement
 Anthony (kanan) ketika bersama Saufi (kiri) dan Jerry ketika penganjuran BYSF pada 2017 di Sibu.
KENANGAN: Anthony (kanan) ketika bersama Saufi (kiri) dan Jerry ketika penganjuran BYSF pada 2017 di Sibu.

SIBU: Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) menyifatkan pemergian mengejut pemain sape profesional allahyarham Saufi Aiman Yahya pada Khamis lalu sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak.

Pengerusinya Anthony Abong berkata, beliau se-ring mengharumkan nama Sarawak dalam pelbagai persembahan muzik tradisional sehingga ke pentas antarabangsa melalui petikan sape.

“Sarawak yang sinonim dengan alat muzik tradisional itu sudah pasti akan merasai kehilangan seorang penggiat muzik tradisional yang amat komited mempromosikan alunan petikan sape sekali gus membawa nama Bumi Kenyalang di mata dunia.

“Kami di KSDS amat me-rasai kehilangan beliau yang kami anggap sebagai satu dalam seribu yang memiliki bakat luar biasa,” katanya di sini, semalam.

Anthony menjelaskan, walaupun beliau bukan berbangsa Dayak, tetapi minat terhadap muzik tradisional suku kaum etnik di negeri ini menunjukkan seni tidak mempunyai halangan untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja asalkan berminat.

“Saya mengenali beliau lama sudah sebelum saya berkecimpung aktif dalam muzik sape ini. Beliau sudah lama bergiat aktif dalam sape.

“Pada mulanya sebelum saya mengetahui nama sebenarnya, saya ingat dia Orang Ulu tetapi setelah saya mengetahui beliau adalah berbangsa Melayu, saya sangat terkejut.

“Orang macam beliau ini amat sukar kita temui ketika ini yang komited memperjuangkan muzik sape walaupun alat muzik tradisional ini bukan berasal dari warisan kaumnya. Ini menunjukkan sape ini adalah ‘universal,’ sesiapa sahaja boleh memainkannya,” ujarnya lagi.

Anthony berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Saufi ialah pada penganjuran Festival Sape Belia Borneo (BYSF) pada 2017 di Sibu.

Menurutnya, ketika itu Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) dengan kerjasama KSDS telah menganjurkan BYSF 2017.

“Masa itu, beliau bersama seorang lagi pemain sape profesional Jerry Kamit menjadi juri pada pertandingan sape pada BYSF serta turut memberi ceramah mengenai sape pada program tersebut, selain diundang khas untuk membuat persembahan pada malam kemuncak festival itu.

“Saya sifatkan Saufi sebagai seorang yang tidak lokek dengan ilmunya dan sentiasa sedia untuk berkongsi tentang kerjaya dan pengajaran sape,” jelasnya lagi.

Anthony berkata, setelah itu mereka pernah beberapa kali berhubung melalui media sosial di mana Saufi pernah menyatakan hasratnya mahu bekerjasama dengan KSDS dalam menganjurkan program sape dengan Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK) yang dipengerusikannya sendiri.

“Tapi disebabkan pandemik COVID-19, kami terpaksa melupakan dulu hasrat itu. Tidak sangka beliau pergi selama-lamanya pada malam Khamis yang membuatkan hasrat itu hanya tinggal kenangan dan KSDS amat bersedih dengan kehilangan seorang insan yang amat berbakat besar.

“KSDS ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau agar tabah menghadapi dugaan ini. KSDS menyifatkan beliau adalah antara generasi baharu tokoh sape di negeri ini.

“Bagaimanapun, perjua-ngan mempertahankan mu-zik sape ini akan kami teruskan bersama-sama dengan tokoh-tokoh sape yang sedia ada di negeri ini,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement