Anda di sini

Pemandu, Kelindan Lori parah dalam kemalangan.

Advertisement
 Keadaan lori mangsa yang remuk teruk selepas kemalangan itu.
REMUK : Keadaan lori mangsa yang remuk teruk selepas kemalangan itu.

TAWAU: Pemandu dan kelindan lori parah selepas terlibat dalam kemalangan di simpang Kampung Pengkalan Asli KM 30 Jalan Tawau-Kalabakan, di sini kelmarin

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, lori yang dinaiki mangsa berumur 37 dan 25 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu meghala ke Tawau dengan muatan barang alat ganti kenderaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisiner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.10 pagi.

“Hasil siasatan, kemalangan berlaku semasa kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di lokasi kejadian.

“Lori mangsa melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbabas melanggar beberapa tiang eleketrik dan terbalik di kawasan kebun pisang,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian perut, paru-paru, kepala dan tulang pinggang.

“Manakala kelindanya pula patah di bahagian tulang paha kanan dan cedera di paru-paru.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Tawau untuk menerima rawatan kecemasan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 43.43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement