Anda di sini

Marcel bukan peguam rasmi STARSABAH

Advertisement
GUANDEE
GUANDEE

KOTA KINABALU: Marcel Jude tidak pernah menjadi peguam rasmi STARSABAH dan bukannya ketua cawangan parti berkenaan di Tanjung Aru.

Setiausaha Agung STAR Datuk Guandee Kohoi memberikan jaminan bahawa parti itu tidak pernah memerlukan seorang peguam rasmi kerana tidak wujud keperluan berkenaan.

"Sekiranya ada keperluan yang timbul, kami selalu boleh mengupah mana-mana peguam yang layak di Kota Kinabalu.

"Oleh itu, adalah tidak betul untuk mengatakan Marcel Jude sebagai 'peguam STAR' kerana dia seharusnya disebut sebagai peguam yang kebetulan menjadi anggota parti," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau tidak menafikan bahawa Marcel merupakan seorang ahli STAR yang menjadi ahli parti itu pada 2017 dengan niat untuk membentuk bahagian Tanjung Aru sebagai Ketua Penaja.

"Tetapi dia terlalu sibuk untuk aktif dalam parti dan dia tidak dapat membentuk bahagian kerana tidak dapat mengumpulkan ahli. 

"Oleh itu, kami menyerahkan tugas itu kepada Richard Jayasuriya yang juga gagal dalam percubaan itu,” katanya.

Menurutnya, kemudian STARSABAH menyerahkan tanggungjawab itu kepada Ambrose Obon yang kini dilihat berjaya membentuk jawatankuasa penajanya dan dia terus menjadi ketuanya sehingga hari ini.

Guandee berkata, beliau kesal apabila terdapat pihak yang mahu mengaitkan STAR dengan kes-kes yang melibatkan tuduhan jenayah terhadap Philip Among dan kenyataan menghina Unduk Ngadau oleh Marcel.

"Jelas sekali terdapat usaha untuk mensabotaj parti oleh kumpulan tertentu yang cemburu dengan kekuatan dan kedudukan STAR.

"Kami yakin kedua-dua kes itu tidak akan sesekali mencemarkan imej parti ini," katanya.

Beliau juga memberikan jaminan Jawatankuasa Disiplin Parti akan bermesyuarat untuk memutuskan tindakan selanjutnya terhadap keduduk Marcel dalam STAR.
 

  • oleh
  • Advertisement