Anda di sini

Enam rumah panjang antara lapan lokaliti dikenakan PKPD  

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lagi lokaliti berkuat kuasa antara 12 hingga 29 Jun ini. 

Enam daripada lokaliti yang dikenakan PKPD ini melibatkan rumah panjang manakala dua lagi lokaliti melibatkan Kampung Dagang di Tatau serta Kampung Tabuan Haji Drahman di Kuching. 

“Rumah panjang yang terlibat dalam PKPD ini ialah Rh. Belayong Buang, KM22 Jalan Bintulu-Tatau; Rh. Fabian Jembu anak Tangi, Sg Setiam KM37; Jalan Pesisir Kuala Tatau dan Rh. Chali Ugok, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri di Bintulu. 

“Turut dikenakan PKPD Rh. Enpawi Seriban, Sungai Kelawit, Jalan Tatau-Sibu; Rh. Itam Ujok, Sungai Kelawit, KM16, Jalan Tatau-Sibu di Tatau dan Rh. Umang, Jamit, Ulu Nunggang di Pakan,” katanya menerusi kenyataan. 

JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD membabitkan kuarters Almabumi Plantation Sdn Bhd, Ladang Bukit, Ulu Sebauh dan Rumah Sewa Atas DD Mart, Sg Plan di Bintulu serta Rh. Daisy, Skim B, Bintangor, Sarikei. 

Mengenai pemantauan pematuhan garis panduan (SOP) pula, polis telah mengeluarkan sebanyak 58 kompaun di daerah Kuching (20), Bintulu (13), Lubok Antu (7), Miri (6), Sarikei (6), Kapit (2), Sibu (2) dan masing-masing satu di Padawan dan Mukah kerana melanggar pelbagai SOP. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,684 kompaun.

Manakala pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 13 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,016 kompaun.
 

  • oleh
  • Advertisement