Anda di sini

Beaufort catat jumlah penerima vaksin tertinggi

Advertisement
 Dioslin (kiri) menyampaian sumbangan kepada pegawai KKM Beaufort
SERAH: Dioslin (kiri) menyampaian sumbangan kepada pegawai KKM Beaufort
 
 

BEAUFORT: Seramai 9,692 orang atau 20.71 peratus penduduk di sini  telah menerima vaksin COVID-19 setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, jumlah itu sekaligus menjadikan Beaufort sebagai daerah penerima vaksin tertinggi di Sabah

Beliau turut gembira dengan perkembangan itu seterusnya menyeru penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) agar segera mendaftarkan diri sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19. 

“Saya gembira dan berterima kasih sejumlah 9,692 orang telah menerima vaksin sebanyak 20.71 peratus setakat ini. 

“Ini menjadikan Beaufort sebagai daerah teratas di seluruh Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ruslan turut mendermakan kerusi bagi kegunaan dalam Pusat Vaksinasi di Dewan Pak Musa, Beaufort. 

Sumbangan kerusi diserahkan oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Dioslin Agostin bersama Sobri Adis yang mewakili Ruslan kepada Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Beaufort. 
 

  • oleh
  • Advertisement