Anda di sini

544 kes COVID-19, lima kematian di Sarawak 

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak 544 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini dengan 304 daripada jumlah kes dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan Saratok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata Kuching merekodkan 85 kes diikuti Bintulu (77), Sibu (63), Miri (46), Saratok (33), Mukah (29), Sri Aman (27), Dalat (26), Sarikei (25), Song (19) dan Kanowit (16). 

Lain-lain kes dikesan di Kapit (15), Bukit Mabong (14), Subis (12), Bau (10), Tatau (9), Asajaya (9), Serian (7), Lundu (5), Marudi (3), Samarahan (2), Telang Usan (2), Sebauh (2), Tebedu (2) dan masing-masing satu di Pakan, Tanjung Manis, Beluru, Lubok Antu,Selangau dan Matu. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kini adalah sebanyak meningkat kepada 55,443 dengan 351 kematian. 

“Daripada 544 kes baharu yang dilaporkan, 343 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19, 85 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada dan 69 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan. 

“Manakala 44 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 2 kes melibatkan individu yang balik dari Indonesia dan satu kes melibatkan kes import B,” katanya. 

Mengenai lima lagi kes kematian yang dilaporkan, ia membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 31 hingga 80 tahun. 

Satu daripada kematian direkodkan di Hospital Sarikei dan masing-masing dua kematian di Hospital Miri dan Kapit. 

Dalam pada itu terdapat 871 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 45,591 orang. 

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,385 orang.

Manakala, 544 PUI baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

  • oleh
  • Advertisement