Anda di sini

Tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD

Advertisement
 

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas tiga lagi lokaliti di negeri ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, tiga lokaliti yang dikenakan PKPD itu melibatkan kawasan di Lubok Antu, Lundu dan Pakan.

“Di Lubok Antu, PKPD dikuatkuaskan adalah di Rh. Jarop, Changkol mulai 11 hingga 24 Jun 2021

“Manakala PKPD di Lundu adalah melibatkan Kampung Sebandi Hilir daru 12 hingga 25 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi PKPD di Pakan, katanya, ia melibatkan Rh. Kintan, Merampu berkuatkuasa 12 hingga 28 Jun 2021.

Arahan PKPD itu dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan terbabit.

Sementara itu, JPBNS turut memaklumkan penamatan PKPD bagi enam kawasan di negeri ini.

Kawasan itu ialah Rh. Igar, Bukit Tungku, Sri Aman; Rh. Tiut anak Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau,Tatau; Foreign Lodge, Blok E9, Samalaju Industrial Park, Bintulu dan Local Lodge LL4, Bintulu yang kesemuanya ditamatkan tempoh PKPD bermula 12 Jun 2021.

Turut ditamatkan PKPD ialah Rh. Japar / Rh. Gasah, Nanga Kemalih, Julau (13 Jun 2021) dan Rh. Lau, Rantau Pitak Entabai, Julau (14 Jun 2021).

  • oleh
  • Advertisement