Anda di sini

Tiga ditembak mati di Florida

Advertisement
 Pegawai syerif Palm Beach County berdiri di luar kedai runcit Publix di Florida di mana seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak ditemui mati kelmarin. — Gambar AFP
SIASAT: Pegawai syerif Palm Beach County berdiri di luar kedai runcit Publix di Florida di mana seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak ditemui mati kelmarin. — Gambar AFP

MIAMI: Dua orang termasuk seorang kanak-kanak telah ditembak mati dalam sebuah kedai runcit di Florida kelmarin, yang terbaharu dalam satu siri kejadian tembakan di wilayah selatan Amerika Syarikat (AS).

Kejadian tembakan, di mana lelaki bersenjata itu turut membunuh diri sen-diri, berlaku di sebuah kedai runcit Publix di Royal Palm Beach, 80 batu di utara Mia-mi, menurut polis.

“Sebaik sahaja tiba anggota polis telah menjumpai tiga individu yang terkorban akibat terkena tembakan, seorang lelaki dewasa,  seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak,” kata Pejabat Syerif Palm Beach County.

“Penembak adalah antara mereka yang meninggal dunia.”

Penembak telah mengacukan senjata ke arah dirinya sendiri, Teri Barbera, jurucakap pejabat syerif, memberitahu AFP.

Ini merupakan kejadian tembakan terbaru di Florida sejak beberapa hari lepas.

Pada Ahad lepas, tiga orang terkorban dan lima lagi tercedera ketika satu majlis graduasi di Miami.

Dua orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 lagi tercedera seminggu sebelumnya apabila tiga lelaki bersenjata melepaskan tembakan “secara rambang” ke arah sekumpulan orang di luar sebuah konsert di kawasan Miami, menurut polis.

Kejadian tembakan beramai-ramai telah berlaku di sekitar AS pada tahun ini dalam peningkatan keganasan yang digelar oleh Presiden Joe Biden sebagai satu “epidemik”. — AFP

Advertisement