Anda di sini

Sabah turut melanjutkan PKP 3.0

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) di Sabah dilanjutkan hingga 28 Jun 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan dilakukan setelah penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) Sabah yang bermesyuarat pada 12 Jun 2021.

"Keputusan ini diambil sebagai langkah membendung peningkatan jangkitan COVID19 di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam PKP 3.0 yang sepatutnya berakhir Isnin ini dilanjutkan dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kes harian Covid-19 yang masih tinggi melebihi 5,000 kes sehari.

Katanya, sehingga semalam, kes COVID-19 dilaporkan sebanyak 6,871 di seluruh negara. 

Oleh itu katanya, PKP 3.0 disambung dua minggu lagi yang berkuat kuasa 15 Jun sehingga 28 Jun.
 

  • oleh
  • Advertisement