Anda di sini

Puetro Rico bergelap selepas kebakaran, serangan siber jejas pencawang elektrik

Advertisement
 Api siren kereta peronda polis dilihat di jalan raya yang diselubungi kegelapan malam di San Juan, Puerto Rico kelmarin selepas kebakaran dan serangan siber menjejaskan pencawang elektrik. — Gambar AFP
GELAP: Api siren kereta peronda polis dilihat di jalan raya yang diselubungi kegelapan malam di San Juan, Puerto Rico kelmarin selepas kebakaran dan serangan siber menjejaskan pencawang elektrik. — Gambar AFP

MIAMI: Satu kebakaran di sebuah pencawang elektrik di Puerto Rico telah menyebabkan ribuan penduduk berada dalam kegelapan kelmarin, sejurus selepas syarikat bekalan tenaga itu melaporkan serangan siber yang ia tidak segera kaitkan dengan kebakaran.

“Terdapat satu kebakaran pada sebuah alat penukar voltan tinggi di pencawang Monacillo di San Juan,” menurut Luma Energy, dua jam selepas ia menyatakan ia menjadi sasaran serangan DDoS, atau penolakan bagi perkhidmatan, diserang dengan dua juta kunjungan bagi setiap saat.

Luma Energy merupakan sebuah utiliti baharu di pulau Caribbean, memulakan ope-rasi pada 1 Jun bagi memperbaiki sistem transmisi bekalan elektrik di Puerto Rico.

“Kebakaran menyebabkan ketiadaan elektrik yang ketara di seluruh pulau,” menurut syarikat tersebut di Facebook.

Gambar dan rakaman video yang dihantar melalui media sosial menunjukkan api yang marak dan asap hitam memenuhi kawasan pen-cawang.

“Semua sumber dari ke-rajaan PR telah ada bagi menguruskan kecemasan berpunca dari kebakaran di pencawang Monacillos,” Gabenor Pedro Pierluisi menyatakan dalam ciapannya. “Anggota bomba telah tiba di tempat kejadian.”

Luma Energy menyata-kan pada awal kelmarin bahawa serangan DDoS telah menghalang pelanggan dari memasuki akaun mereka.

Pihak berkuasa tidak me-nyatakan sama ada mereka sedang menyiasat satu kaitan di antara kebakaran dan serangan siber.

Jenniffer Gonzalez, yang mewakili Puerto Rico dalam Kongres Amerika Syarikat (AS), menyatakan di Twitter bahawa kejadian ketiadaan elektrik itu menjejaskan 500,000 orang dan menjanji-kan satu siasatan.

“Kebakaran di Monacillos, ketiadaan elektrik bagi lebih setengah juta penduduk, beberapa sektor tanpa elektrik selama seminggu tidak terlihat bagi saya sebagai kejadian berkecuali,” tegas beliau, merujuk kepada kejadian terkini di Puerto Rico.

“Saya telah memaklumkan agensi-agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan agar menyiasat setiap kejadian. Mereka telah menjejaskan rakyat, yang telah pun menderita.”

Luma Energy telah ditubuhkan bagi berkhidmat di Puerto Rico – sebuah wilayah AS – dan dimiliki bersama oleh beberapa syarikat induk Amerika Utara, ATCO dan Quanta. — AFP

Advertisement