Anda di sini

PPV Dewan Balai Polis Kabong beroperasi Isnin ini

Advertisement
Ali (kiri) mendengar taklimat daripada Sarjan Lidam (kanan) mengenai persediaan di Dewan Balai Polis Kabong sebagai PPV yang akan mula beroperasi Isnin ini.
Ali (kiri) mendengar taklimat daripada Sarjan Lidam (kanan) mengenai persediaan di Dewan Balai Polis Kabong sebagai PPV yang akan mula beroperasi Isnin ini.

KUCHING: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Balai Polis Kabong akan mula beroperasi 14 Jun ini bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk di Kabong. 

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata setakat 2 Jun 2021, dianggarkan seramai 9,405 penduduk Kabong telah mendaftar bagi vaksinasi. 

Jumlah mereka yang mendaftar ini katanya adalah 49 peratus daripada 19,201 individu yang layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 ini iaitu berumur 18 tahun dan ke atas. 

“PPV ini adalah sebagai tambahan kepada tiga lagi PPV sedia ada di Dewan Sri Krian, Hospital Saratok dan Klinik PMG Saratok. 

“Sasaran bagi PPV ini adalah untuk memberikan 400 dos vaksin setiap hari dan akan ditingkatkan daripada masa ke semasa bergantung kepada keadaan,” katanya. 

Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian berkata demikian ketika tinjauan ke PPV Dewan Balai Polis Kabong, baru-baru ini. 

Bagi kelancaran dan keselesaan pengoperasi PPV tersebut, Pusat Khidmat P.205 Saratok menurut Ali akan menyumbang empat unit penghawa dingin dalam kadar segera. 

Beliau pada masa sama turut menyeru warga Kabong untuk mendaftar bagi pemberian vaksin ini melalui Pejabat Daerah atau menerusi aplikasi MySejahtera. 

Sebagai makluman katantya Kabong kini telah bertukar daripada Zon Kuning kepada Zon Merah selepas merekodkan 96 kes dalam tempoh 27 hari lepas yang mencetuskan Kluster Gerigat. 

Sehubungan itu katanya warga Kabong yang layak perlu segera divaksin bagi mencapai imuniti kelompok untuk melawan jangkitan COVID-19. 

Hadir sama pada tinjauan tersebut Ketua Balai Polis Kabong Sarjan Lidam Unting, Pegawai Kesihatan Daerah Saratok Dr Syafiq Ameerul dan Pegawai Tadbir Daerah Kecil Roban Michael Meling. 
 

  • oleh
  • Advertisement