Anda di sini

Orang ramai dijemput melakukan sumbangan amal

Advertisement
Joachim (tiga kiri) bersama Fadzil Anthony (tiga kanan) mewakili Alkarim Mussapa  merakamkan gambar kenangan di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu
KENANGAN:Joachim (tiga kiri) bersama Fadzil Anthony (tiga kanan) mewakili Alkarim Mussapa merakamkan gambar kenangan di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Orang ramai dialu-alukan melaksanakan tanggungjawab amal dengan memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Jochim Gunsalam berkata, sumbangan amal berkenaan akan diserahkan kepada penduduk kampung yang terjejas dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemilik kapal pukat, Alkarim Mussapa atas sumbangan ikan untuk diberikan kepada penduduk kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang terjejas dalam pelaksanaan PKP 3.0.

"Sebanyak 1,000 kilogram ikan akan diagihkan kepada penduduk kampung yang berada di  kawasan dalam DUN ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata, pengagihan berkenaan dikendalikan oleh Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasng.   

Baru-baru ini, pada 6 Jun, agihan bantuan berupa sayur-sayuran diberikan kepada seramai 500 ketua isi rumah (KIR) dari lapan kampung di sini.

Sumbangan berkenaan menggunakan khas peruntukan daripada Joachim kepada Pemuda PBS dan juga sumbangan daripada pembekal sayur dari Kundasang, Yamming Taralia. 

Kali ini, sumbangan ikan berkenaan akan dihantar ke kampung-kampung dan kos penghantaran ikan dibiayai oleh Joachim. 
 

  • oleh
  • Advertisement