Anda di sini

Matu kembali berstatus Kuning, 29 daerah kekal berstatus Merah 

Advertisement
 

KUCHING: Daerah Matu hari ini kembali ke status Kuning kawasan jangkitan COVID-19 daripada Jingga, kata Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurutnya, daerah itu bertukar status Kuning setelah merekodkan hanya 12 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning meningkat kepada sembilan daerah dan daerah berstatus Jingga menurun kepada dua daerah.

“Manakala, 29 daerah kekal berstatus Merah dan tiada daerah berstatus Hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 45 kompaun di daerah Kuching (23), Bintulu (10), Sarikei (5), Sibu (2), Miri (2), Lawas (2) dan Kapit (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 7,626 kompaun.

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan 11 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan pelanggaran SOP.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,003 kompaun,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement