Anda di sini

Lapor segera jika harga minyak masak naik

Advertisement
Anggota penguatkuasa KPDNHEP memeriksa harga minyak.
Anggota penguatkuasa KPDNHEP memeriksa harga minyak.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesa orang ramai melaporkan sekiranya berlaku kenaikan harga minyak masak terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Mogan Arumugam berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan turut akan melakukan pamantauan di seluruh negeri.

Menurutnya, sekiranya didapati peniaga menaikkan harga yang melebihi pasar margin keuntungan maka tindakan tegas akan diambil dibawah Seksyen 14, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

"Kementerian sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap barangan yang menjadi keperluan asas rakyat termasuklah harga minyak masak di pasaran.

"Ini adalah supaya tiada pihak mengaut keuntungan tinggi dan tidak munasabah (mencatut) sehingga mengakibatkan peningkatan harga barangan di pasaran khususnya di saat Negara sedang dilanda pendemik COVID-19," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, bagi peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Manakala bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000," kata Mogan.

Anggota penguatkuasa KPDNHEP memeriksa harga minyak.
Anggota penguatkuasa KPDNHEP memeriksa harga minyak.

Justeru, sebarang aduan berhubung kenaikan harga minyak masak atau keperluan asas lain boleh disalurkan melalui talian hotline kementerian 1-800-886- 800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau Whatsapp 0192794317.

"Aduan juga boleh dibuat dengan hadir sendiri di mana-mana pejabat Kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil," katanya.

Sepanjang tempoh PKP ini, bilik gerakan KPDNHEP Sarawak akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Jelasnya juga, orang ramai boleh memeriksa harga barang semasa melalui aplikasi 'Price Catcher'.

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat sebanyak 13 syarikat pembungkus minyak masak di seluruh Sarawak meliputi kawasan Kuching, Bintulu dan Miri.

"Sebanyak 3,917 metrik tan minyak masak bersubsidi setiap bulan untuk diedarkan di seluruh negeri Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

"Selain itu, terdapat 402 pemborong yang dilantik di seluruh negeri Sarawak bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi mudah diperolehi di pasaran," kata Mogan.
 

  • oleh
  • Advertisement