Anda di sini

KJRI beri sumbangan bakul makanan kepada 1,000 warga Indonesia di Sandakan

Advertisement
 Ijok (tengah) semasa mengagihkan bantuan bakul makanan sumbangan KJRI KK di Sandakan.
SUMBANGAN: Ijok (tengah) semasa mengagihkan bantuan bakul makanan sumbangan KJRI KK di Sandakan.


SANDAKAN: Sukarelawan dari Kumpulan Pengayuh Basikal Lipat Sandakan mengagihkan bakul makanan hasil sumbangan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu kepada 1,000 warga Indonesia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di sini.

Naib Ketua Kumpulan Pengayuh Basikat Lipat Sandakan Ijok Samsuddin berkata pihaknya bersama rakan serta enam guru dari Sekolah Indonesia di sini mengagihkan sumbangan terbabit di beberapa lokasi di sini.

Tambahnya pemberian sumbangan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut minggu ini.

“Antara yang turut menerima sumbangan ini ialah ibu tunggal serta golongan pekerja.

“Penerima sumbangan amat berterima kasih dengan keprihatinan KJRI serta sukarelawan dari Kumpulan Pengayuh Basikal Lipat Sandakan dan guru terlibat terhadap sumbangan diberikan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement