Anda di sini

Kapasiti dan jumlah PPV di Miri perlu ditingkatkan 

Advertisement
Dari kiri, Datuk Bandar Adam Yii, Ting, Lukanisman dan Father Kevin Chundi ketika lawatan di Gereja St Dominic Taman Tunku.
Dari kiri, Datuk Bandar Adam Yii, Ting, Lukanisman dan Father Kevin Chundi ketika lawatan di Gereja St Dominic Taman Tunku.

MIRI: Kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sini dicadang ditingkatkan serta ditambah baharu untuk menjadikan proses lebih cepat dan mudah.
 
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berharap langkah itu akan meningkatkan penerimaan vaksin COVID-19 kepada lebih ramai penduduk sekaligus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan mereka. 

Dua lokasi baharu dicadangkan ialah Universiti Curtin Malaysia (Curtin) dan SM Pei Min.

"Curtin mungkin boleh mengendalikan seramai 1000 hingga 1500 orang sementara Pei Min boleh seramai 500 hingga 700 orang," katanya. 

PPV sedia ada iaitu Eastwood dan Dewan Dato Permaisuri masing-masing mengendalikan 1000 dos vaksin sehari, Hospital Miri 400 dos, Borneo Medical Centre (BMC) dan Columbia Asia masing-masing 100 dos sehari menjadikan jumlah 2600 dos sehari.
 
Antara cadangan lain ialah menempatkan petugas di Hospital Miri ke Institut Teknologi Riam agar lebih ramai penduduk dapat menerima vaksin dari 400 kepada 800 orang. 

"Kita melihat kepada lebih 3000 orang (penerima vaksin) sehari. Kapasiti Eastwood akan ditingkatkan dari 1000 kepada 1400 orang menjadikan keseluruhan jumlah 3500 orang sehari," jelasnya. 

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni turut mencadangkan agar sebuah PPV ditubuhkan di Taman Tunku iaitu di Gereja St Dominic. 

"Salah satu cadangan yang ketiga ialah di Taman Tunku kerana kita mempunyai satu populasi yang besar di pinggir bandar," katanya.
 
Lukanisman berkata, keluasan gereja diyakini boleh menampung seramai 600 hingga 700 penerima vaksin dalam sehari. 

Beliau memberitahu dua PPV baharu di Sibuti iaitu Dewan Masyarakat Bekenu dan Klinik Ladang Tiga telah beroperasi kelmarin yang masing-masing berkapasiti 800 dan 150 orang. 

PPV sedia ada di Dewan Masyarakat Sepupok mengendalikan seramai 800 penerima vaksin sehari.
 
"Tetapi harapan besar saya di kawasan penempatan yang kita katakan yang terbesar di Miri dan di pinggir bandar Miri iaitu Taman Tunku, Taman Jelita, Lusut dan Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir dapat diberikan peluang untuk mengadakan sebuah pusat pemberian vaksin," ujarnya. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat untuk tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu dan perlu memberi kerjasama sepenuhnya menjayakan program imuninasi negara. 

  • oleh
  • Advertisement