Anda di sini

Jangan sebar khabar angin tidak benar: Hazani

Advertisement
HAZANI
HAZANI


KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat kenyataan tidak benar serta menyebarkan berita palsu dalam kalangan masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata demikian berhubung kes seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya, di Jalan Lintas, di sini dua hari lalu.

“Setakat ini pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Siasatan awal juga menunjukkan tidak ada sebarang petunjuk atau bukti membabitkan kes jenayah di lokasi kejadian atau tubuh badan mangsa.

"Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. Tiada sebarang bukti ditemui membabitkan jenayah atau sebagainya,” katanya.

Menurutnya masyarakat perlu faham bahawa ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia masih berada dalam keadaan bersedih.

“Jangan tambahkan lagi kesedihan ahli keluarga mangsa dengan menyebarkan berita yang tidak benar,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki yang juga anak ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka negeri ini ditemukan meninggal dunia di dalam bilik tidur.

Ahli keluarga yang menyedari kejadian segera membuat laporan polis kira-kira jam 6 petang hari sama.

Susulan kematian mangsa itu, pelbagai komen dan reaksi timbul di media sosial hingga mengundang tanggapan yang tidak benar.

  • oleh
  • Advertisement