Anda di sini

IPD Papar laksana pemantauan, hebahan udara SOP PKP guna Unit Dron PGU

Advertisement
 Unit Dron PGU digunakan untuk pemantauan serta hebahan SOP PKP di dua lokaliti PKPD di sini.
DRON: Unit Dron PGU digunakan untuk pemantauan serta hebahan SOP PKP di dua lokaliti PKPD di sini.


PAPAR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar melaksanakan pemantauan dan hebahan udara melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu dilaksanakan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Benoni dan Kampung Padawan di sini.

“Pasukan Unit Dron PGU Sabah ini menerbangkan dua buah dron milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disekitar kawasan PKPD lebih kurang dalam tempoh 45 minit di udara.

“Pemantauan dan hebahan udara SOP PKP di daerah Papar ini diadakan bagi tujuan tinjauan melalui udara serta membuat hebahan agar orang ramai mematuhi SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan penduduk di daerah ini agar lebih peka terhadap SOP PKP 3.0 dan mematuhi segala arahan diberikan bagi melandaikan penularan COVID-19 di daerah ini.

  • oleh
  • Advertisement