Anda di sini

Fatimah harap 12,412 penduduk Dalat lengkap dua dos vaksin Ogos ini

Advertisement
Fatimah sempat beramah mesra bersama penerima vaksin di PPV Stadium Dalat hari ini.
Fatimah sempat beramah mesra bersama penerima vaksin di PPV Stadium Dalat hari ini.

MUKAH: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap semua penduduk di Daerah Dalat yang layak mendapat vaksin akan lengkap kedua-dua dos pada Ogos nanti.

Menurutnya, jumlah penduduk yang layak menerima vaksin bagi daerah itu adalah seramai 12,412 orang.

"Mengikut data daripada pihak Pejabat Daerah dan Jabatan Kesihatan, jumlah yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin adalah 11,468 iaitu 92.4 peratus," katanya kepada Utusan Borneo ketika lawatannya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Dalat di sini hari ini.

Walaupun mempunyai peratusan daftar yang tinggi, beliau akan memastikan usaha untuk mendaftarkan penduduk yang layak mendapat vaksin akan tetap terus dilakukan.

Ini kerana melalui tinjauan, ada penerima vaksin yang mengatakan terdapat jiran mereka yang masih tidak mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Alasannya adalah tidak mahu mati setelah mendapatkan suntikan vaksin.

Fatimah memberitahu vaksin disuntik bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan COVID-19 dan secara umumnya akan menyelamatkan mereka dan bukanlah disebaliknya.

Sementara itu, seramai 789 orang telah divaksin setakat ini manakala sekitar 500 lagi mendapat vaksin pada hari ini.

Terdapat juga jadual untuk minggu hadapan yang turut menunjukkan jumlah penerima vaksin seramai 500.
 

  • oleh
  • Advertisement