Anda di sini

Empat premis di kawasan PKPD terima notis amaran.

Advertisement
 Muhamad Ayub (dua kiri) mengedar risalah SOP kepada pemilik premis.
RISALAH : Muhamad Ayub (dua kiri) mengedar risalah SOP kepada pemilik premis.

LAHAD DATU : Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) mengeluarkan notis amaran terhadap empat premis perniagaan di sekitar Bandar Sri Perdana, di sini tadi.

Notis tersebut dikeluarkan selepas pemilik premis berkenaan didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD) di kawasan tersebut.

Pengerusi PKOB Lahad Datu, Muhamad Ayub Yaakub berkata Bandar Sri Perdana merupakan kawasan PKPD yang baru dikuatkuasakan kerana terdapat banyak kes jangkitan di sana.

“Semua pemilik premis perlu mematuhi semua SOP yang telah ditetap supaya penularan wabak tidak terus berlaku di kawasan tersebut.

“Kami melihat premis berkenaan gagal meletakkan tanda keluar masuk, tidak mempamerkan kad kesihatan pekerja dan tidak mengemaskini lesen kawasan kaki lima premis,”katanya

Beliau yang juga Pegawai Daerah Lahad Datu berkata premis pasaraya dicadangkan supaya mengehadkan kehadiran kakitangan dalam satu-satu masa bagi mengekang penularan wabak.

“PKOB juga turut mengedarkan risalah yang mengandungi amalan norma baharu dan SOP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada setiap premis di kawasan tersebut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement