Anda di sini

Dewan Komuniti Taman Harmoni PKRC kedua di Sri Aman

Advertisement
Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Dewan Komuniti Taman Harmoni di Sri Aman untuk dijadikan sebagai PKRC kedua di bawah Hospital Sri Aman.
Kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di Dewan Komuniti Taman Harmoni di Sri Aman untuk dijadikan sebagai PKRC kedua di bawah Hospital Sri Aman.

KUCHING: Dewan Komuniti Taman Harmoni di Sri Aman dalam proses diubah suai sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) yang kedua di bawah Hospital Sri Aman. 

Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata proses pengubahsuaian berjalan lancar dan akan beroperasi setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“PKRC ini mampu memuatkan 50 katil bertingkat dan boleh menampung 100 pesakit dalam satu masa. 

“Dengan adanya PKRC ini kelak ia sudah pasti dapat meningkatkan lagi kemudahan rawatan bagi
Pesakit berisiko rendah,” katanya. 

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika lawatan bagi meninjau persiapan di PKRC tersebut baru-baru ini. 

Hadir sama, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee dan Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop. 

Tambah Harden, selain PKRC Dewan Komuniti Taman Harmoni terdapat sebuah lagi PKRC di bawah Hospital Sri Aman iaitu PKRC Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman. 

PKRC Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman ini mampu menampung seramai 210 pesakit dalam satu masa. 

Dengan ada tambahan PKRC ini, Harden berharap ia dapat membantu melancarkan pengurusan pesakit COVID-19 di bahagian ini. 

Sebagai makluman Sri Aman masih berstatus Merah dengan jumlah keseluruhan kes jangkitan ini sebanyak 1,410 kes dan enam kematian akibat COVID-19. 

Manakala terdapat enam kluster masih aktif di Sri Aman iaitu Kluster Melugu, Kluster Sebujok, Kluster Nanga Skrang, Kluster Sungai Parik, Kluster Banting dan Kluster Kampung Hilir Lingga. 
 

  • oleh
  • Advertisement