Anda di sini

COVID-19: Empat kematian, 569 kes baharu di Sarawak 

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak empat kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat seramai 346 orang setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kesemua empat kes kematian melibatkan dua perempuan  dan dua lelaki berumur antara 66 hingga 84 tahun. 

“Dua daripada kematian direkodkan di Hospital Kapit dan masing-masing satu di Hospital Sibu dan Hospital Sarikei

“Sehubungan itu, JPBNS mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa,”katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan sebanyak 569 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini dengan 371 kes dikesan di daerah Sibu, Kuching, Kapit, Miri dan Bintulu.

Sibu katanya, merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi iaitu 149 diikuti Kuching (110), Kapit (44), Miri (41), Bintulu (27), Samarahan (26) dan Tatau (22).

Lain-lain kes pula dikesan di Mukah (19), Bukit Mabong (17), Pakan (17), Serian (16), Marudi (12), Subis (9), Sarikei (9), Julau (7), Song (7), Tebedu (7), Selangau (5), Bau (4), Asajaya (4), Lawas (4), Meradong (4), Beluru (3), Kanowit (3), Belaga (2) dan Sri Aman (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 54,899.

“Daripada 569 kes baharu yang dilaporkan, seramai 97 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 397 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” ujarnya.

Dalam pada itu terdapat 346 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Sementara jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 9,717 orang.

“Manakala 569 individu disyaki (PUI) baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement