Anda di sini

Awang Tengah: Pasukan bergerak ditambah ke pedalaman

Advertisement
Awang Tengah (empat kiri) bersama Paulus (kiri), Dr Abdul Rahman, Hasbi,Denney dan Dr Norliza ketika melawat PPV Dewan Suarah Limbang hari ini.
Awang Tengah (empat kiri) bersama Paulus (kiri), Dr Abdul Rahman, Hasbi,Denney dan Dr Norliza ketika melawat PPV Dewan Suarah Limbang hari ini.

LIMBANG: Pasukan bergerak di bawah Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) akan ditambah untuk dikerahkan ke 21 lokaliti di daerah ini dalam usaha memperhebatkan program vaksinasi di kawasan pedalaman, rumah panjang dan perkampungan Penan di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata antara peranan pasukan bergerak ini untuk mendekati golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) terlantar di rumah untuk mendaftar sekali gus memudahkan proses pemberian suntikan vaksin yang digerakkan Julai ini.

Jelasnya selain  KKM,  sesetengah kawasan lagi akan melibatkan bantuan perkhidmatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pasukan bergerak ini akan digerakkan pada Julai ini di 21 lokaliti  di daerah  Limbang dan jumlah ini akan ditambah dalam memastikan penduduk di luar bandar mendaftar dan diberi suntikan  vaksinasi,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Limbang hari ini.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Pegawai Kesihatan Bahagian Dr Norliza Jusoh.
 
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata sekitar 11,000 bekalan vaksin jenis Sinovac akan tiba setiap minggu di daerah Limbang dalam memastikan Program Vaksinasi berjaya mencapai matlamat.

Jelasnya sejumlah 73,923 orang penduduk di bahagian Limbang berusia 18 tahun ke atas  layak menerima vaksin COVID-19.

Dari jumlah itu katanya 40,797 penduduk bagi daerah Limbang dan 33,126 untuk daerah Lawas.
 

  • oleh
  • Advertisement