Anda di sini

378 Kes baharu COVID-19 di Sabah hari ini

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah semalam melaporkan sejumlah 378 kes baharu COVID-19 berikutan hasil gerakan secara besar-besaran Kementerian Kesihatan Malaysia membuat saringan dari rumah ke rumah di semua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka berkenaan dijangka kekal tinggi sehingga kerja-kerja saringan selesai.

"KKM juga sedang melaksanakan jumlah saringan yang lebih banyak dan luas kawasan daripada biasa.

"Kudat mencatatkan kes tertinggi iaitu 75 kes, diikuti, Papar 58 kes, Tawau 40 kes, Sandakan 38 kes, Kota Kinabalu 32 kes, Lahad Datu 22 kes, Kota Belud 19 kes dan Penampang 16 kes.

"Sementara itu, Telupid 15 kes, Sipitang 13 kes, Tuaran 12 kes, Nabawan 11 kes, Kunak 8 kes, Kalabakan, Semporna dan Beaufort masing-masing 5 kes. Putatan dan Keningau turut masing-masing mencatatkan 2 kes baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes adalah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Kota Marudu, Tambunan, Tenom, Kuala Penyu, Pitas dan Ranau.

Beliau berkata, terdapat tiga kluster baharu dilaporkan iaitu masing-masing Kluster Indah, Nabawan sebanyak 21 kes, Kluster Ambar Park, Tawau 16 kes dan Kluster Kg Baru, Sipitang 23 kes.
 

  • oleh
  • Advertisement