Anda di sini

Polis bantu sambut bayi dilahirkan di SJR Kuching-Samarahan Expressway

Advertisement
Dua anggota polis wanita yang membantu sambut bayi tersebut.
Dua anggota polis wanita yang membantu sambut bayi tersebut.

KOTA SAMARAHAN: Dua anggota polis wanita yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kuching-Samarahan Expressway membantu menyambut seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata kejadian berlaku sekitar jam 11.50 malam apabila petugas di SJR tersebut didatangi sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta.

Menurutnya, pasangan terbabit yang berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya terpaksa melawan arus menuju ke SJR tersebut untuk mendapatkan bantuan.

"Difahamkan, setiba di lampu isyarat menghampiri SJR Expressway, isteri kepada pemandu kereta tersebut mengadu hendak beranak menyebabkan suaminya panik lalu terus melawan arus ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

"Seorang anggota kita (Lans Koperal Fatihah) kemudian mendapati si isteri telah melahirkan seorang bayi dan dia terus bantu sambut bayi yang ketika itu lehernya terbelit dengan tali pusat.

"Dibantu Koperal Perakson, bayi tersebut diselimutkan menggunakan tuala dan kemudian diserahkan kepada ibunya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Petugas di SJR kemudian memaklumkan insiden tersebut kepada bilik gerakan dan memohon bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bayi perempuan itu diserahkan kepada ibunya.
Bayi perempuan itu diserahkan kepada ibunya.

Bayi dan ibunya kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan.
 

  • oleh
  • Advertisement