Anda di sini

Pengamal media di Lawas lega sudah terima suntikan vaksin dos pertama

Advertisement
 Ahmad Denney (kiri) menemani Idris mendapatkan suntikan vaksin di Lawas.
SUDAH: Ahmad Denney (kiri) menemani Idris mendapatkan suntikan vaksin di Lawas.

LAWAS: Pengamal media di Lawas berasa lega kerana sudah menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer-BioNTech di sini Selasa lepas.

Wartawan dari Utusan Sarawak Lawas Idris Edrews, 53, berkata suntikan vaksin itu amat dinantikan sejak sekian lama memandangkan tugas harian menuntut beliau ke lapangan bertemu dengan masyarakat.

“Pertama sekali kami ingin berterima kasih ke-pada Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi kerana memberi res-pons baik dan menghargai kerjasama erat dengan rakan media di bahagian Limbang,” katanya kepada media semalam.

Idris yang berpengala-man dalam bidang kewartawanan menambah suntikan vaksin satu kelegaan kerana sekian lama menunggu untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19 atas faktor tugas yang terdedah dengan orang awam dan berada dalam pelbagai aspek persekitaran.

“Penerimaan vaksin ini juga penting dalam membentuk kelompok imuniti dalam keluarga rakan media itu sendiri.

“Sejujurnya suntikan vaksin tidak menyakitkan mahupun memberi kesan langsung setakat ini,” katanya.

Oleh itu katanya, masya-rakat dan pengamal media lain yang bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu yakin dan sentiasa berfikiran positif untuk ke-selamatan diri dan keluarga mereka.

Menurutnya rakan media di bahagian Limbang menye-dari kepentingan suntikan vaksin ini kerana tugas yang diamanahkan tidak mengenal batas lokasi, suasana dan persekitaran.

Beliau berharap proses pemvaksinan ini dapat di-segerakan kepada semua pengamal media lain.

Advertisement