Anda di sini

Pencapaian SPM 2020 Sarawak lebih baik berbanding 2019

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

KUCHING: Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Sarawak lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.07 berbanding 5.18 pada 2019. 

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam laporan ringkas pencapaian SPM 2020 yang diumumkan semalam berkata GPN dikira berdasarkan pencapaian keseluruhan calon dan mata pelajaran. 

Angka semakin kecil katanya menunjukkan keputusan semakin baik. 

“Jumlah calon SPM negeri Sarawak bagi 2020 seramai 32,426 orang dengan peratusan lulus atau layak sijil SPM 2020 adalah 87.83 peratus berbanding 84.61 peratus bagi SPM 2019 meningkat 3.22 peratus,” katanya. 

Selain itu katanya peratusan calon SPM 2020 negeri Sarawak yang cemerlang juga meningkat 0.15 peratus iaitu 1.89 peratus berbanding 1.74 peratus pada tahun 2019. 

Manakala jurang perbezaan antara peratus layak sijil antara calon bandar dan calon luar bandar telah dapat dirapatkan dari 2.82 peratus pada tahun 2019 ke 1.59 peratus pada tahun 2020. 
 

Advertisement