Anda di sini

Pencapaian GPN calon SPM 2020 meningkat

Advertisement

KOTA KINABALU: Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 2020 menunjukkan peningkatan dari segi kualiti yang diukur melalui pencapauan Gred Purata Negeri (GPN).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr.

Mistirine
Mistirine

Radin berkata nilai GPN yang lebih kecil (0.00) menunjukkan pencapaian yang lebih baik. 

“Pencapaian GPN SPM 2020 adalah 5.34 berbanding dengan 5.38 pada tahun 2019 yang meningkat sebanyak 0.04 mata manakala 2018 dan 2017 masing-masing 5.44 serta 5.51.

“Seramai 241 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 198 calon pada 2019 manakala 90.42 peratus berjaya mendapat sijil pada tahun ini berbanding hanya 87.79 peratus pada 2019.

“Dari tujuh mata pelajaran teras, lima menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan 21 mata pelajaran elektif menunjukkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) manakala 29 mata pelajaran elektif menunjukkan penurunan pada 2020,” katanya.

Menurutnya seramai 33,454 orang calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan berjaya menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2020 berbanding 33,541 orang calon pada tahun 2019. 

“Sebanyak 314 pusat peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan ini melibatkan 5,305 orang petugas peperiksaan yang terdiri daripada Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Pengawas Peperiksaan dan Pengemas Bilik. 

“Peperiksaan bertulis SPM tahun 2020 melibatkan Sesi 1 dilaksanakan bermula pada 22 Februari sehingga 25 Mac manakala Sesi 2 bermula pada 6 April sehingga 23 April lalu.

“Sebagai makluman, Sesi dua SPM ini adalah khusus bagi calon yang menjalani tempoh kuarantin yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas peperiksaan walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, pihaknya berjaya melaksanakan tugas dengan penuh integriti sehingga keputusan dapat diumumkan kepada semua calon.

Katanya keputusan bagi calon SPM boleh dilihat bermula 10 pagi pada 10 Jun lalu melalui tiga kaedah masing-masing melalui SMS, pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my Sekolah/PPD/JPN serta pemeriksaan pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri yang mengenal pasti calon-calon yang tidak mempunyai capaian internet dan akan menyerahkan keputusan peperiksaan kepada mereka.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang menunjukkan kecemerlangan dan menasihatkan agar mereka dapat meneruskan budaya kerja cemerlang dalam apa sahaja bidang diceburi.

  • oleh
  • Advertisement