Anda di sini

PAS Tawau menyeru semua pemimpin lebih agresif jayakan pendaftaran vaksin COVID-19.

Advertisement
USTAZ ROSLI
USTAZ ROSLI

TAWAU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Tawau menyeru pemimpin disemua peringkat terus agresif membantu menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di kawasan masing-masing.

Terdahulu, Sabah antara yang terendah iaitu kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini sudah mendaftar menerima suntikan vaksin.

Ketua Pemudanya, Ustaz Rosli Hassan berkata, seruan itu merangkumi pemimpin kerajaan negeri, parti politik dan tokoh-tokoh masyarakat setempat.

“Bagi peringkat kepimpinan PAS kawasan Tawau sudah melancarkan kempen besar-besaran termasuk menggalakan semua ahli untuk menjadi penerima vaksin dengan segera.

“Kami juga terus berusaha lebih proaktif untuk membantu menyampaikan maklumat kepada penduduk di sini tentang kepentingan pengambilan vaksin,” katanya

Beliau berkata, masyarakat tidak perlu ragu untuk mengambil vaksin kerana ianya merupakan kaedah yang ada ketika ini dalam menghentikan penularan wabak COVID-19.

“Kita sedia maklum, masyarakat terutamanya yang beragama islam masih ramai meragukan vaksin yang disediakan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 32 ‘Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya’.

“Melalui firman tersebut, ianya sangat bertepatan dengan usaha kerajaan yang mensasarkan 80 peratus populasi divaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan juga sudah memutuskan pengambilan vaksin hukumnya harus dan tidak perlu diragukan,” katanya.

Ustaz Rosli berkata, rakyat Sabah khususnya di Tawau perlu bersama-sama menggalas tanggungjawab membantu kerajaan untuk menyampaikan kebaikan pengambilan vaksin ini.

“Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan boleh dilakukan secara atas talian, menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement