Anda di sini

Lima perkara harus diketahui tentang Marvel Studios LOKI

Advertisement
 Siri baharu enam episod Marvel Studios yang ditunggu-tunggu, ‘Loki’ dengan Tom Hiddleston kembali sebagai watak utama telah pun menemui peminat buat kali pertama pada 9 Jun lepas secara eksklusif di platform penstriman Disney+ Hotstar.
MENARIK: Siri baharu enam episod Marvel Studios yang ditunggu-tunggu, ‘Loki’ dengan Tom Hiddleston kembali sebagai watak utama telah pun menemui peminat buat kali pertama pada 9 Jun lepas secara eksklusif di platform penstriman Disney+ Hotstar.

SIRI baharu enam episod Marvel Studios yang ditunggu-tunggu, Loki telah pun menemui peminat buat kali pertama kelmarin (9 Jun) eksklusif di Disney+ Hotstar, menampilkan Dewa Kenakalan Norse itu dalam pengembaraan melewati masa apabila dia melangkah keluar daripada bayangan abangnya.

Bagi meraikan kepulangan watak jahat kegemaran Marvel Cinematic Universes (MCU), ini adalah lima fakta daripada siri asal.

1. Menampilkan Loki yang tidak pernah dilihat sebelum ini

Bermula dari ‘Avengers: Endgame’ apabila Loki pada 2012 melarikan diri dengan Tesseract, siri ini membawa penonton menempuhi perjalanan penemuan diri apabila kita menyaksikan pelbagai sudut diri penipu ini dalam menempuhi cabaran untuk mencari tempat bersama kumpulan birokrasi Time Variance Authority (TVA).

2. Loki ialah keseronokan jenayah berganding dengan pengembaraan epik

Ditahan dan ditangkap oleh TVA, Loki diarahkan untuk membantu menyiasat dan menyelesaikan jenayah oleh pelaku misteri.

Perspektif unik Loki diperlukan untuk menentukan kedudukan pelaku itu dan mengubah masa, sepanjang enam episod yang nampaknya seperti asas permulaan kejadian akan datang.

3. Duo dinamik yang baharu menyertai kekacauan

Bersama Loki ialah Ejen TVA Mobius, yang mengambil risiko terbesar untuk bekerja bersama Dewa Kenakalan Norse ini dan cuba untuk mendapat kepercayaannya.

Sama ada mereka memanipulasi sesama sendiri untuk kepentingan diri, siri ini akan menyaksikan Loki dan Mobius berkongsi babak penting, membina dinamik yang menarik antara duo tidak seperti mana-mana hubungan Loki masa lepas.

4. Terdapat lawak, aksi, percintaan dan lakonan menarik

Mengikut langkah ‘WandaVision’ dan ‘The Falcon and the Winter Soldier’, Loki menjanjikan penampilan kesemua yang terkenal dalam MCU ini.

Jalan cerita kali ini mungkin akan mengejutkan penonton, daripada kenakalan karektor ini kepada menyelami emosi yang menggambarkan kepelbagaian personaliti Loki, kesemuanya dalam sebuah cerita epik.

5. Kuliah Loki ialah sebahagian daripada rancangan ini

Tom Hiddleston, yang  memegang watak Loki sepanjang sedekad lalu telah menjadi karektor kegemaran penonton, berkongsi pengetahuan luasnya untuk MCU dan peranan Loki dalamnya dan hubungannya dengan karektor lain siri tersebut.

“Saya mula menggelarnya kuliah Loki”, kata pengarah Kare Herron. “Ia perasaan yang baik untuk memastikan semua orang berada di muka surat yang sama dan bekerja daripada sudut yang sama.”

‘Loki’ menampilkan Tom Hiddleston sebagai watak utama, disertai Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant. Kate Herron sebagai pengarah ‘Loki’, dan Michael Waldron sebagai penulis utama.

Warga Malaysia boleh strim episod baharu setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar dengan melanggan servis ini secara terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS, untuk RM54.90 untuk tiga bulan.

Dalam pada itu, pelanggan Astro Movies Pack berpeluang menikmati pelbagai pakej istimewa, manakala pelanggan Astro yang lain boleh mendapat maklumat lanjut di astro.com.my/Disney.

Selain barisan filem dan rancangan yang luas, Disney+ Hotstar juga menawarkan pengalaman tontonan terhebat dengan rangkaian filem Ultra HD 4K pada aplikasi Disney+ Hotstar Android TV & Apple TV.

Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar telah dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun lepas, dan menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan popular daripada jenama-jenama hiburan paling ikonik di bawah syarikat ini.

Selain barisan filem dan rancangan menarik daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, penonton juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung.

Disney+ Hotstar akan membawa beribu-ribu jam hiburan untuk segenap lapisan umur, dengan beraneka pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18,000 episod terbitan The Walt Disney Company yang paling hebat.

Pelbagai rancangan terbaru sedang menanti anda, seperti ‘Raya and the Last Dragon’ (penstriman bermula 4 Jun) dan ‘Luca’ (penstriman bermula 18 Jun), filem-filem blockbuster seperti ‘Avengers: Endgame’ dan ‘Frozen 2’, Disney+ Originals eksklusif seperti ‘Loki’, ‘The Falcon and The Winter Soldier’, ‘WandaVision dan The Mandalorian’, serta tayangan perdana eksklusif beberapa filem dan siri drama buatan Malaysia yang paling dinanti-dinantikan seperti ‘J2: J Retribusi’, ‘Zombitopia’ (penstriman bermula 2 Julai), ‘Ada Hantu’ (penstriman bermula 13 Ogos), ‘Semanis Senyumanmu’ dan ‘Wifi Sebelah Rumah’ (penstriman bermula 25 Jun).

Susulan pelancaran ini, pelanggan dapat menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman.

Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman secara serentak, dan kebanyakan kandungan adalah tersedia untuk dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet.

Semua kandungan bukan sahaja bebas iklan, malah berbekalkan satu bahagian kandungan yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan sesuai dengan usia, serta antara muka pengguna yang mesra kanak-kanak dan mudah dilayari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.

Advertisement