Anda di sini

Bung puas hati pelaksanaan vaksin di Sabah yang semakin meningkat

Advertisement
DATUK SRI BUNG MOKTAR RADIN
DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berpuas hati dengan pelaksanaan proses vaksinasi yang sedang berjalan di negeri ini.


Katanya, setakat ini kira kira 200,648 orang telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri Sabah sekurang-kurangnya dos pertama bagi fasa satu dan fasa kedua.

“Setakat ini kita nampak peningkatan yang ketara bagi penerima vaksin di negeri ini dan kita berharap sasaran seramai 268,000 penerima vaksin dapat dicapai bagi fasa kedua,” katanya ketika ditemui di sini  sebagai mengulas perkembangan pemberian Vaksin COVID-19 di Sabah.


Sebelum ini Bung yang juga Menteri Kerja raya telah menyuarakan agar pemberian vaksin di negeri ini dipercepatkan termasuklah memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membeli bekalan vaksin daripada Pharmaniaga bagi mempercepatkan PICK di Sabah.


“Setakat ini saya dimakluman sudah ada hospital swasta di negeri ini yang melaksanakan program imuniasi COVID-19 dan kita berharap lebih banyak lagi hospital swasta di negeri ini terlibat,” katanya.


Dalam perkembangan yang sama Bung berharap kempen berterusan menjayakan kempen vaksinasi  kepada rakyat Sabah diperhebatkan.


“ ita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui MySejahtera tapi kaedah lain perlu kita gunakan seperti pendataran melalui aplikasi WhatsApp, pandu lalu dan sebagainya.


"Pendekatan lain seperti bergerak ke kampung-kampung, perlu dilaksanakan memandangkan masih ramai rakyat khususnya di luar bandar dan pedalaman kurang memahami kaedah pendaftaran kerana kekangan komunikasi serta kebaikan menerima vaksin,”jelas Bung.


Menurut Bung kempen bagi meyakinkan bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat, perlu dihebahkan kepada rakyat oleh ahli politik samada di pihak kerajaan atau pembangkang termasuk pemimpin akar umbi bagi menangkis sentimen dan propaganda kumpulan antivaksin.


“Banyak berita-berita palsu yang disebarkan di WhatsApp, di media sosial dan sebagainya sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk menerima vaksin, yang perlu kita tangkis,” ujar beliau.


Menurut Bung dengan adanya usaha berterusan daripada ahli politik kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) bukan hanya mendukung tetapi mempromosi usaha matlamat program vaksinasi COVID-19 mencapai sasarannya.

  • oleh
  • Advertisement