Anda di sini

Bantuan Prihatin Sabah 3.0: Diyakini beri suntikan semangat kepada golongan sasar

Advertisement
SUZIE HAMAT
SUZIE HAMAT


KOTA KINABALU : Diakui pengumuman Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID-19 oleh kerajaan negeri akan memberikan kelegaan khususnya golongan sasar yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan bagi membendung penularan pandemik.


Suzie Hamat, 34, (gambar) menzahirkan keyakinan bahawa keputusan kerajaan negeri itu secara tidak langsung dapat memberikan suntikan semangat kepada golongan sasar yang terkesan lebih-lebih lagi masyarakat di luar bandar dan pedalaman Sabah.


Sambil menyambut baik usaha itu, beliau turut menyarankan kepada kerajaan untuk memperluaskan lagi bantuan itu kepada warga emas memandangkan mereka juga amat memerlukan bantuan itu.


Justeru Suzie berharap kategori lain yang tidak tersenarai tetapi layak, wajar dipertimbangkan untuk disenaraikan agar turut sama menikmati bantuan tunai one-off ataupun bakul makanan bergantung kategori masing-masing.


Mengenai Bantuan Prihatin Sabah 3.0 yang dikhususkan kepada 9,600 penerima dalam kategori usahawan micro dan kotej, beliau yakin ianya juga turut memberikan suntikan semangat kepada mereka.


Jelasnya, bantuan itu diyakini dapat digunakan bagi membuat pusingan modal untuk berniaga dalam tempoh ketika ini yang sekurang-kurangnya berupaya menyumbang sedikit pendapatan kepada peniaga kecil-kecilan.


Dalam pada itu, Suzie turut menyambut baik bantuan yang diumumkan kerajaan yang turut diperuntukkan kepada Bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah yang membabitkan kira-kira 15,000 penerima.


Katanya, ini jelas membuktikan juga kerajaan negeri prihatin terhadap belia di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement