Anda di sini

Bantuan Prihatin Sabah 3.0, bukti jelas kerajaan prihatin : Awil

Advertisement
AWIL KAMSARI
AWIL KAMSARI


KOTA KINABALU : Pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Rabu mengenai Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID-19 telah menerima respon yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak.


Presiden Persatuan Perwira Negeri Sabah (PPNS), Lt Muda Maritim (B) Awil Kamsari berkata bantuan yang diumumkan Ketua Menteri itu diyakini dapat meringankan beban rakyat yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan pandemik.


Tambah beliau, bantuan kerajaan tersebut jelas membuktikan kerajaan negeri amat prihatin terhadap rakyat terutama golongan veteran ATM di negeri ini yang turut tersenarai dalam kategori berkenaan.


"Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan kepedulian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Hajiji kepada rakyat di negeri ini.


"Sesungguhnya bantuan kerajaan negeri ini akan memberi makna yang besar kepada penerima kerana saya yakin ianya dapat mengurangkan beban mereka yang terjejas semasa pandemik ini, " katanya.


Justeru Awil berharap bantuan yang diumumkan itu dapat disalurkan dengan segera kepada penerima yang disenaraikan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh yang sukar ketika ini.


"Saya juga menyeru dan berharap kepada kerajaan agar bantuan tersebut dapat disalurkan dengan segera dan memudahkan proses pengagihan tersebut, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement