Anda di sini

Bangunan lima tingkat runtuh di Korea Selatan, sembilan maut

Advertisement
 Anggota penyelamat menggeledah runtuhan untuk mencari mangsa terselamat selepas sebuah bangunan yang sedang dalam proses diroboh tiba-tiba runtuh dan menimpa sebuah bas di Gwangju, Korea Selatan kelmarin. — Gambar AFP
TRAGIS: Anggota penyelamat menggeledah runtuhan untuk mencari mangsa terselamat selepas sebuah bangunan yang sedang dalam proses diroboh tiba-tiba runtuh dan menimpa sebuah bas di Gwangju, Korea Selatan kelmarin. — Gambar AFP

SEOUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut apabila sebuah bangunan lima tingkat yang sedang dalam proses diroboh di Korea Selatan tiba-tiba runtuh, menimpa sebuah bas, menurut pihak berkuasa.

Paparan televisyen menunjukkan bas tersebut tertimbus dalam serpihan dan dise-lubungi kepulan debu dalam runtuhan bangunan itu.

Bas tersebut sedang berhenti di hadapan tapak perobohan itu, membawa 17 penumpang ketika kemalangan berlaku kelmarin di bandar Gwangju, Seoul.

Sembilan penumpang maut manakala lapan yang lain ce-dera parah, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

Kesemua pekerja di tapak perobohan sudah dikeluarkan sebelum ia tumbang.

Punca kejadian masih belum jelas. Pihak polis telah menjalankan siasatan ke atas kes itu.

Malapetaka terbesar di Korea Selatan yang melibatkan bangunan runtuh berlaku pada 1995, dengan lebih 500 nyawa terkorban. — AFP

Advertisement