Anda di sini

Anak muda zahirkan 'terima kasih' kepada kerajaan negeri atas Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID-19

Advertisement
WISNU EDIE
WISNU EDIE


KOTA KINABALU : Tiada ungkapan yang dapat dizahirkan kepada kerajaan negeri atas Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID-19 yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melainkan ucapan berbanyak 'terima kasih' atas inisiatif tersebut.


Bagi anak muda, Wisnu Edie, 31, (gambar) bantuan yang diberikan itu amatlah dihargai oleh sebilangan rakyat di negeri ini kerana sudah pasti mereka yang terjejas amat memerlukan bantuan berkenaan.


Jelasnya, sudah pasti ramai masyarakat yang terjejas lebih-lebih lagi ketika 'lockdown' dilaksanakan ( Perintah Kawalan Pergerakan, (PKP) ) di seluruh negara dan tidak terkecuali Sabah bagi mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.


Tambah beliau, pemberian itu diyakini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang terjejas pendapatan sejak PKP 3.0 dilaksanakan pada awal bulan Jun lalu.


"Saya amat berterima kasih di atas bantuan dan keprihatinan kerajaan dalam usaha menyalurkan bantuan-bantuan COVID-19 kepada  masyarakat di negeri ini. Bantuan itu diyakini mampu meringankan sedikit beban rakyat ketika 'lockdown' dilaksanakan.


"Ini juga secara tidak langsung membuktikan kerajaan negeri tidak memandang enteng terhadap permasalahan serta situasi rakyat  di akar umbi dan cakna dengan keperluan mereka, " kata Wisnu kepada Utusan Borneo.


Hajiji yang juga Menteri Kewangan membuat pengumuman Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID-19 selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Keselamatan dalam tempoh PKP di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.


Jelas Hajiji, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM155 juta membabitkan bantuan tunai one-off dan bakul makanan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0.

  • oleh
  • Advertisement