Anda di sini

Abang Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Advertisement
 

KUCHING: Abang Abdul Rahim Tun Abang Openg, 78, abang kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam Khamis.

Menurut ahli keluarga terdekat Allahyarham, Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Jenazahnya akan diuruskan di kediaman Allahyarham di Jalan Patingan di sini sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang sebelum solat waktu Zohor hari ini.

Allahyarham merupakan anak kedua kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee manakala Abang Johari merupakan anak yang keempat.- BERNAMA

Advertisement