Anda di sini

RM2 juta dalam 10 hari, Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa terus tarik penonton

Advertisement
Poster ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.
Poster ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.

FILEM terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut iaitu ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan di Astro First.

Rata-rata penonton terhibur dengan jenaka serta lagu-lagu hit yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon di dalam filem tersebut.

Selain itu, watak Yah Kuchai yang dilakonkan oleh Afea Deanna mula menarik perhatian penonton dengan bakat dan karakter bersahajanya yang menghiburkan.

Terdahulu watak Yah Kuchai telah tular menerusi babak mi kari kuah laksa di dalam drama premium, Kampong Pisang Bersiri-Siri.

Seterusnya, watak tersebut telah dikembangkan dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang serta filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem francais Kampong Pisang terus menerima sambutan positif. Bahkan, pelbagai subjek seperti babak, karakter, lagu menjadi bualan penonton di media sosial, dan lebih mengujakan apabila ramai yang terhibur. Ini secara tidak langsung membuktikan filem ini berjaya membawa penonton lari sekejap daripada tekanan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Jutaan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton di platform Astro First. Kami harap filem ini mampu menarik lebih ramai penonton dan peminat filem untuk menyaksikan salah satu filem terbaik tempatan untuk tahun 2021 dan terus kekal di rumah bersama insan tersayang,” katanya.

‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak.

Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Pak Din pula sedih kerana anaknya tiba-tiba tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersamanya.

 Cik Purnama membawa beg pakaian dan tilam ke mana-mana kerana kesunyian.

Pak Karim dan Kak Som hiba kerana ini kali pertama beraya tanpa anak mereka yang telah tiada. Serta Daud M yang perlu bekerja di malam raya bagi penghantaran barang-barang buat penduduk kampong Pisang yang membeli barang di atas talian.

Filem ini menampilkan Datuk Awie, Kaka Azraf, Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler, Siti Elizad Sharifuddin , Raja Azmi, Imuda dan ramai lagi.

Saksikan filem ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’ dan filem-filem lain seperti filem romantik ‘Dekatnya Cinta’, filem seram ‘Penunggang Agama,’ filem komedi ‘18 Puasa Di Kampong Pisang’, filem Tamil ‘Sulthan’, ‘Karnan’ dan banyak lagi kini berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Advertisement