Anda di sini

Perancis benam Bulgaria 3-0 dalam aksi pemanas badan

Advertisement
 Penyerang Perancis Kylian Mbappe (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan dua pemain pertahanan Bulgaria Vasil Bozhikov (kiri) dan Petko Hristov pada perlawanan Perancis menentang Bulgaria di Stade De France di Saint-Denis, kelmarin. — Gambar AFP
DIASAK: Penyerang Perancis Kylian Mbappe (tengah) bersaing mendapatkan bola dengan dua pemain pertahanan Bulgaria Vasil Bozhikov (kiri) dan Petko Hristov pada perlawanan Perancis menentang Bulgaria di Stade De France di Saint-Denis, kelmarin. — Gambar AFP

PARIS: Karim Benzema terpaksa meninggalkan padang lebih awal kerana keletihan pada Selasa ketika juara dunia, Perancis menewaskan Bulgaria 3-0 pada perlawanan persediaan terakhir mereka menjelang kejohanan tertangguh Euro 2020.

Benzema dikeluarkan pada minit ke-39 perlawanan di Stade De France pada apa yang merupakan perlawanan terakhir Perancis sebelum memulakan kempen Euro 2020 menentang Jerman dalam aksi Kumpulan F pada 15 Jun.

Perancis juga akan menentang Portugal dan Hungary, yang akan bermain dua dari perlawanan kumpulan di hadapan penonton yang ramai di Puskas Arena di Budapest.

Benzema, 33, dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan selepas enam tahun disisihkan hampir enam tahun tetapi penggantinya, Olivier Giroud menunjukkan kenapa Perancis dianggap antara pasukan pilihan juara apabila menjaringkan dua gol lewat untuk menjaringkan 46 gol bersama Perancis sepanjang kerjayanya.

Giroud, 34, kini kurang lima gol dari rekod sepanjang zaman Perancis, yang dimiliki Thierry Henry tetapi dijangka akan berada di bangku simpanan apabila Benzema kembali cergas.

“Apabila orang memanggil saya, apa yang paling penting ialah melaksanakan tugas,” kata Giroud.

“Saya mendapat khidmat yang baik dari rakan sepasukan. Mereka tahu di mana kedudukan saya dalam kotak penalti, jadi saya hanya cuba melakukan penyudah kemas.”

Antoine Griezmann menjaringkan gol di hadapan 5,000 penonton, yang juga meraikan kepulangan mereka ke stadium.

Charlene Lecuir adalah salah seorang penonton bertuah yang mendapat tiket untuk menyaksikan perlawanan itu.

Penonton dibenarkan masuk ke stadium jika mereka diuji negatif COVID-19 dalam tempoh 48 jam sebelum itu atau bukti mereka sudah melengkapkan vaksinasi.

Penyokong mula resah apabila, dengan Perancis sudah di hadapan menerusi gol Griezmann apabila Benzema terduduk di tengah padang dan diperiksa oleh doktor pasukan selepas terjatuh ketika cuba menanduk bola beberapa minit sebelum itu.

Beliau dikeluarkan dari padang tetapi jurulatih kebangsaan Perancis, Didier Deschamps menolak dakwaan kecederaan dan berkata ia hanya keletihan.

“Beliau terkena sedikit hentakan di kaki,” kata Deschamps. “Beliau berhenti bermain kerana berasa  terlalu letih. Beliau kini diawasi kakitangan perubatan.”

Benzema menjaringkan 27 gol untuk Perancis dan bulan lepas dinamakan sebagai pemain Perancis terbaik yang bermain di luar negara oleh persatuan pemain negara itu.

Beliau menjaringkan 29 gol musim lepas untuk kelabnya, Real Madrid, melepasi 20 gol liga dalam semua tiga musim sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Juventus pada 2018. — AFP

Advertisement