Anda di sini

Pembikin ‘Hamilton’ rai asal usul imigran dengan ‘In The Heights’

Advertisement
 (Dari kiri) Jon M. Chu, Stephanie Beatriz, Melissa Barrera, Leslie Grace dan Jimmy Smits semasa menghadiri tayangan khas filem ‘In The Heights’ semasa Los Angeles Latino International Film Festival 2021 pada 4 Jun lepas. — Gambar AFP
FILEM BAHARU: (Dari kiri) Jon M. Chu, Stephanie Beatriz, Melissa Barrera, Leslie Grace dan Jimmy Smits semasa menghadiri tayangan khas filem ‘In The Heights’ semasa Los Angeles Latino International Film Festival 2021 pada 4 Jun lepas. — Gambar AFP

LAMA sebelum pementasan hit mega ‘Hamilton’, Lin-Manuel Miranda menyinari Broadway dengan ‘In The Heights’, sebuah muzikal pop Latin dan berinspirasikan Salsa yang meraikan komuniti imigran New York di mana beliau membesar.

Versi skrin besar karya sulung Miranda oleh Warner Bros kini sedang ditayangkan di pawagam AS, sebuah produksi mewah yang jarang sekali dibuat oleh studio besar Hollywood mengisahkan cerita, bintang, serta pembuat filem Latino.

“Ia sesuatu yang besar, dan saya berpendapat ia sebuah permulaan gelombang Latin dan saya berharap ia akan membuka lebih banyak pintu untuk filem seperti ini,” kata pelakon Mexico Melissa Barrera.

“Bermula daripada detik mereka mencari pelakon filem, saya seperti ‘oh Tuhan ku, tidak banyak filem yang memberi kami platform ini, saya tahu semua orang akan pergi ke uji bakat filem ini’,” katanya.

Barrera, memegang watak utama Vanessa, seorang yang bercita-citi tinggi untuk menjadi pereka terkenal yang berharap untuk mengubah kejiranan Washington Heights di Manhattan menjadi dunia fesyen bergaya di kawasan itu.

Cinta hatinya Usnavi (Anthony Ramos), seorang pemilik gerai kecil, mempunyai impian untuk membina semula bar pantai ayahnya di Republik Dominika, manakala rakan dari Puerto Rico mereka Nina (Leslie Grace) telah “melarikan diri” ke Universiti Stanford namun merindui rumah.

Miranda, berketurunan Puerto Rico, sudah lama melibatkan diri dalam dunia hiburan komunitinya, menulis versi pertama ‘In The Heights’ sebagai seorang pelajar di Universiti Wesleyan.

Ia dipersembahkan di Broadway pada tahun 2008, dan mendapat 13 pencalonan Tony, dan membuka jalan penciptanya ke ‘Hamilton’, kisah popular mengisahkan setiausaha bendahari pertama AS Alexander Hamilton dan rakan-rakan pengasasnya, yang ditontonkan melalui lensa moden, pelbagai etnik Amerika.

Dalam filem baharu tersebut, Miranda memegang watak sampingan sebagai seorang ‘piraguero’ (gerai menjual aiskrim) di kejiranan itu, dan menyerahkan kerusi pengarah kepada Jon M. Chu (‘Crazy Rich Asians’).

Barrera mengakui ia “menggerunkan” untuk berkolaborasi bersama pembikin ‘Hamilton’.

“Tekanan dapat dirasakan dan ‘saya mahu buat sehabis baik yang mampu untuk Jon dan Lin, dan seluruh komuniti.”

Versi filem kisah ini dirakam di jalanan yang penuh warna-warni di Washington Heights, beberapa blok dari tempat di mana Miranda membesar.

Bagi mengekalkan temanya yang berulang-ulang mengenai pencerobohan gentrifikasi, kru lokasi terpaksa mengecualikan secara berhati-hati pasaraya Chipotle dan Target di lokasi itu, merakam semula beberapa blok dengan papan tanda dan  sengkuap yang dilukis tangan bagi mewujudkan suasana nostalgia.

Di samping menonjolkan makanan, muzik dan tradisi zaman muda Miranda, filem itu juga menyimpang sedikit berbanding pementasan pendahulunya di mana Nina mengikuti protes untuk menyokong hak imigran yang digelar ‘Dreamers’.

Filem itu dirakam dengan niat untuk ditayangkan ketika pentadbiran Donald Trump, pada ketika anak muda tanpa dokumen dibawa ke Amerika Syarikat dan menyaksikan mereka diserang.

Pandemik ini telah memaksa tayangan filem ditunda.

“Ia kisah yang jarang-jarang diberitahu, keperitan yang tidak selalu diberitahu,” kata Grace, membawa karektor Nina yang gagal untuk menyesuaikan diri di sekolah elit West Coast.

Perasaan ragu-ragu terhadap diri sendiri ialah “satu perasaan yang kita semua rasai. Kita diberitahu kita ialah yang paling teruk, bahawa kita ialah refleksi benda yang bukan-bukan. Kita datang dengan sebuah aspirsai, sebuah impian,” kata Grace.

Filem ‘In The Heights’ kini boleh distrim di HBO Max bermula hari ini (10 Jun). — AFP

Advertisement