Anda di sini

Macron kena tampar semasa sesi bertemu orang ramai

Advertisement
 Marcon (kiri) menyapa orang ramai ketika mengadakan lawatan kerja ke Valence                         di Drome, tenggara Perancis. — Gambar AFP
MESRA: Marcon (kiri) menyapa orang ramai ketika mengadakan lawatan kerja ke Valence di Drome, tenggara Perancis. — Gambar AFP

TAIN-L’HERMITAGE: Presiden Perancis Emmanuel Macron telah ditampar pada muka ketika menyapa orang ramai di Perancis kelmarin, satu ancaman keselamatan yang mencetuskan kecaman yang berleluasa menjelang pilihan raya daerah bulan ini. 

Video di media sosial me-maparkan Macron menghampiri penghadang untuk menyapa dan bersalaman dengan pengundi, apabila seorang lelaki memakai baju kemeja hijau memegang sikunya dan bercakap sekejap sebelum menamparnya.

Pengawal keselamatan Macron lantas mengawal ke-adaan dan dua orang ditahan selepas itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

“Sekitar jam 1.15 petang, presiden telah memasuki kereta setelah melawat sebuah sekolah menengah, namun keluar semula kerana hadirin memanggilnya. Beliau mendekati mereka dan ketika itulah insiden tersebut berlaku,” kata wakil wilayah Drome.

Lelaki berusia 28 tahun yang tinggal di wilayah itu sedang disoal siasat, menurut pejabat pendakwa raya tempatan, namun “setakat peringkat penyiasatan kini, motif mereka masih tidak diketahui.”

Serangan di perkampungan Tain-l’Hermitage wilayah Drome itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan ahli politik dan menyelubungi lawatan Macron yang bertujuan untuk mendengar suara “nadi negara”.

“Politik tidak boleh menjadi keganasan, serangan lisan, apatah lagi keganasan fizikal,” ucap Perdana Menteri Jean Castex di parlimen, menambah bahawa “melalui presiden ini, demokrasi ialah sasarannya.”

Macron meneruskan lawatan beliau selepas itu, menurut seorang pembantu, yang  menjelaskan insiden tersebut sebagai “cubaan menampar” melalui rakaman video yang menunjukkan lelaki itu memegang muka presiden.

Dalam video insiden tersebut, dapat didengari seseorang menjerit “Pergi dengan Macronisme!”

Macron, yang masih berbelah bahagi sebagai pemimpin, dijangka oleh orang ramai untuk menyambung tahun kedua dalam pilihan raya presiden tahun hadapan serta undian menunjukkan beliau mendahului tipis ketua berhaluan kanan Marine Le Pen.

Lawatan seluruh negara terkini beliau termasuk beberapa perhentian dalam dua bulan berikutnya, dengan bekas pegawai bank pelaburan itu mahu berjumpa dengan penyokongnya selepas lebih setahun menguruskan krisis pandemik COVID-19.

Namun inisiatif perjumpaan sebelum ini telah menyaksikan pemimpin itu diserang secara lisan.

Lawatan pada 2018 menyaksikan orang ramai mengecam dan mengherdiknya.

Ia terjadi ketika pengikut protes “berbaju kuning” berhimpun untuk mengecam polisi kerajaan dan Macron secara peribadi atas cara pentadbirannya, yang dikritik sebagai sombong dan menyendiri.

Pada Julai tahun lalu, Macron dan isterinya Brigitte telah dikecam secara lisan oleh kumpulan protes ketika berjalan-jalan di taman Tuileries di Paris pada Hari Bastille.

Sejurus sebelum ditampar, Macron disoal untuk memberi komen terhadap ucapan baru pemimpin berhaluan kiri Jean-Luc Melenchon, yang memberitahu bahawa pilihan raya tahun depan akan dimanupulasi.

“Kehidupan demokratik memerlukan ketenangan dan hormat, daripada semua orang, ahli politik dan juga rakyat,” kata Macron.

Dalam detik jarang berlaku  menyaksikan perpaduan negara, sungguhpun pengkritik tegar dan lawan politik beliau juga mempertahankannya pada Selasa.

Melenchon berkata beliau menyebelahi “sokongan bersama presiden itu,” manakala Le Pen menggambarkan tamparan tersebut “tidak boleh diterima dan sangat mencela demokrasi.”

Tamparan itu turut menimbulkan debat dalam Perancis yang telah merosakan suasana politik hanya dua minggu daripada pusingan pertama pilihan raya wilayah dan 10 bulan daripada pilihan raya presiden April akan datang.

“Ketegangan wujud di mana-mana,” ketua parti MP Patrick Vignal mengulas. “Kempen ini rosak atas sebab keperibadian. Tidak ada sesiapa akan muncul sebagai pemenang.” - AFP

Advertisement