Anda di sini

GrabPay DuitNow QR Menyokong Gaya Hidup Digital-First Rakyat Malaysia

Advertisement

• Para pengguna di seluruh negara kini boleh membeli barangan runcit dan keperluan harian melalui GrabPay DuitNow QR dengan lancar.
• Integrasi DuitNow QR memudahkan perniagaan mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

Petaling Jaya, 8 Jun 2021: GrabPay, perkhidmatan e-dompet dalam aplikasi popular Grab, baru-baru ini telah melancarkan “GrabPay DuitNow QR” di seluruh negara.

Dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), DuitNow QR adalah Standard QR Kebangsaan Malaysia yang direka bentuk bagi menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai dan peralihan kepada ekonomi digital di seluruh negara menerusi penggunaan kod QR saling boleh kendali. DuitNow QR menawarkan satu kaedah pembayaran yang mudah dan selamat kepada para pengguna untuk pembelian di dalam kedai, dan memberi para peniaga akses kepada jutaan pengguna yang mengutamakan gaya hidup digital.

Ramai rakyat Malaysia telah mengguna kaedah pembayaran tanpa sentuh semasa pandemik ini. Menurut laporan oleh Bank Negara Malaysia, jumlah pembayaran menggunakan e-dompet telah meningkat 131% sejak 2019. Kod QR kebangsaan ini akan memudahkan lagi para pengguna membeli-belah dengan selamat, mengurangkan sentuhan fizikal dan menjimatkan masa para pembeli.

Jumlah peniaga yang menerima kaedah pembayaran kod QR juga telah meningkat. Laporan sama oleh Bank Negara Malaysia mendapati bahawa jumlah peniaga yang berdaftar untuk menerima kaedah pembayaran kod QR telah meningkat 165% sejak 2019, ia menunjukkan bahawa kebanyakan perniagaan telah bersedia untuk pembayaran tanpa tunai. Dengan pilihan pembayaran bersepadu yang serba lancar ini, kecekapan operasi harian para peniaga akan turut sama meningkat disebabkan oleh pengurangan keperluan mengendalikan wang tunai secara fizikal, penyesuaian jualan dan kertas kerja.

“Di Grab, kami melihat ada banyak peluang untuk menggalakkan semua perniagaan tanpa mengira saiz untuk melaksanakan proses pendigitalan dan menerima kaedah pembayaran digital. Sejak tahun lalu, kami telah mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai jenis peniaga ke dalam platform Grab, daripada rantaian perniagaan kecil hinggalah perniagaan besar di seluruh negara  termasuk banyak jenama barangan pengguna. Kami berasa sangat gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam inisiatif Standard QR Kebangsaan Malaysia bagi membolehkan para peniaga di seluruh negara memberi perkhidmatan kepada pengguna Grab, dan pada masa sama memudahkan para pengguna membeli barangan keperluan. Pelaksanaan DuitNow QR ini tepat pada masanya berdasarkan peralihan ekonomi dan keperluan kritikal para pengguna serta peniaga baru-baru ini. Kedua-dua pihak boleh berurus niaga di antara satu sama lain dengan mudah, selamat dan pantas, dan para pembeli juga berpeluang untuk berjimat dalam perbelanjaan mereka,” kata Ketua GrabPay Grab Malaysia, Priyanka Madan.

Kod GrabPay DuitNow QR sangat mudah untuk digunakan. Pengguna GrabPay hanya perlu melancarkan aplikasi Grab, kemudian buka pengimbas QR dan imbas mana-mana kod DuitNow QR untuk membuat pembayaran. Dengan ciri-ciri Merchant Discovery, GrabRewards dan Save with Points Grab, para pengguna boleh mengenal pasti Peniaga Pilihan GrabPay, mengumpul mata dan menjimatkan wang dengan mudah dalam setiap urus niaga.

DuitNow QR adalah Standard QR Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan oleh PayNet di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) BNM. Dengan DuitNow QR, para pengguna boleh membuat pembayaran daripada mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-dompet yang mengambil bahagian, dan para peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR sahaja iaitu DuitNow QR bagi menerima pembayaran. Buat masa sekarang, terdapat 31 peserta yang menawarkan DuitNow QR, dengan lebih ramai lagi akan turut sama menyertainya tidak lama lagi.

Komitmen berterusan Grab untuk menjadikan urus niaga dalam talian dan digital lebih selamat

Sejajar dengan perkembangan kaedah pembayaran dalam talian dan digital, Grab akan sentiasa menyokong usaha menjadikan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar. Di antara usaha-usaha terbaru yang diperkenalkan bagi melindungi para pengguna kami dan e-dompet GrabPay mereka termasuklah:
 • Mewujudkan pusat keselamatan di dalam aplikasi bagi mendidik dan memberi maklumat terkini kepada para pengguna mengenai bagaimana cara kami melindungi e-dompet mereka
 • Bekerjasama dengan sistem keselamatan terkemuka di dunia dengan sistem pengesanan penipuan yang telah memenangi anugerah bagi memastikan semua urus niaga GrabPay adalah selamat
 • Menyediakan pasukan keselamatan dan pengesanan penipuan kami sendiri dengan proses yang mantap dan algoritma yang boleh disesuaikan bagi mengekang dan mengesan penipuan
 • Peringatan secara berkala kepada para pengguna agar sentiasa berwaspada dengan aktiviti penipuan atau scam dan tidak mendedahkan kod TAC mereka

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GrabPay DuitNow QR, sila klik DI SINI..

Petikan GPDN oleh Rakan Peniaga dan Para Pengguna

Malaysia Timur
 
Daniel Shia, Sunlight Pharmacy – Akibat pandemik ini, kami terpaksa menghadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam kedai kami. Oleh itu, saya sangat gembira untuk menerima kaedah pembayaran digital seperti GrabPay DuitNow QR. Ia membawa perubahan yang ketara kerana para pengguna turut mendapati bahawa ianya lebih mudah dan pantas untuk pembayaran!

Lo Kiu Wen – Sebagai pengguna tetap Grab, saya sangat gembira kerana dengan adanya GrabPay DuitNow QR, ia menjadikan lebih mudah untuk saya menggunakan e-dompet saya di mana-mana kedai! Apa yang menarik ialah, setiap kali saya berada di premis GrabPay Preferred Merchant, saya boleh mengumpul mata atau menggunakannya untuk membayar barangan saya.

Mengenai Grab

Grab merupakan aplikasi pintar (superapp) terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan harian kepada pelbagai lapisan pengguna. Hari ini, aplikasi Grab telah dimuat turun dalam berjuta-juta peranti mudah alih, yang memberi para pengguna akses kepada lebih daripada sembilan juta pemandu, peniaga dan ejen. Grab menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan atas permintaan yang meluas di rantau ini, termasuk perkhidmatan mobiliti, penghantaran makanan dan pakej, penghantaran barangan runcit, pembayaran mudah alih, dan perkhidmatan kewangan di 428 bandar di lapan buah negara. (www.grab.com)

About DuitNow QR

DuitNow QR is Malaysia’s National QR Standard established by PayNet under the BNM’s Interoperable Credit Transfer Framework. With the DuitNow QR, users can make payments from any participating bank or e-Wallets’ mobile app, and merchants only need to display one QR code- the DuitNow QR- to accept payments. Currently, there are 31 participants offering DuitNow QR, with others to join in progressively. For more information, please visit www.duitnow.com.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Regina Robin
Grab Malaysia
Email: [email protected]
Mobile: + 60 12-506 8854 Theveena Kaur Chahil
BCW Malaysia
Email: [email protected].
Mobile: +6012 507 7220

Advertisement